Isham Jalil Mulakan Langkah Untuk Memikat PAS

Isham Jalil Mulakan Langkah Untuk Memikat PAS

Isham Jalil Mulakan Langkah Untuk Memikat PAS

Keahlian Isham Jalil dalam UMNO secara sah sudah dibatalkan, atau dalam artikata lain, beliau sudah dipecat dari menjadi ahli UMNO.

Dengan pemecatan itu, maka keanggotaan Isham Jalil dalam Majlis kerja Tertinggi UMNO juga secara automatik terbatal, walau pun beliau telah dipilih dan bukan dilantik.

Secara logiknya, mana ada orang yang di luar UMNO boleh menjadi ahli MKT UMNO.



Isham Jalil harus menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku.

Sikap mempunyai cita-cita yang terlalu besar serta kegopohan untuk mencapainya telah memakan diri sendiri.

Apa lagi apabila sikap tersebut tidak disokong dengan kekuatan pengaruh beliau di dalam dunia politik, terutamanya UMNO.

Namun, sebagai seorang yang bercita-cita besar dalam politik, Isham Jalil sudah pasti tidak dapat menerima apa yang berlaku sebagai penamat kepada cita-cita beliau dalam politik.



Sudah pasti beliau akan mencari platfom baharu untuk merealisasikan impian besar beliau.

Terkini, Isham dilihat telah memulakan langkah untuk memikat hati pemimpin PAS untuk menerimanya.

Sudah pasti Isham tidak hanya akan mahu menjadi ahli PAS biasa.

Paling tidak, Isham mungkin berharap supaya dilantik sebagai AJK PAS pusat.



Semakan di dalam akaun Facebook beliau, penulis dapati Isham sudah mula berjinak-jinak dengan TV Pertiwi yang diketahui pro PAS.

Kandungan temuramah beliau dengan TV Pertiwi tidak lain dan tidak bukan mengkritik UMNO dan Kerajaan Perpaduan.

Beliau juga hadir dalam wawancara dengan Zaaba Institute of Leadership.

Sama seperti temuramah dengan TV Pertiwi, kandungan wawancara dari Isham tidak lain tidak bukan mengkritik UMNO.



Sebaiknya, apabila sudah dipecat dari UMNO, tidak perlulah Isham Jalil terus bercakap tentang UMNO.

Masa hadapan diri sendiri dalam politik pun masih suram, tidak layak rasanya Isham untuk bercakap tentang masa hadapan UMNO.

UMNO mempunyai barisan pemimpin yang sudah berada dalam politik ketika Isham masih lagi menyusu.

Tahulah mereka untuk melakukan apa yang perlu untuk kebaikan UMNO.



Isham Jalil Mulakan Langkah Untuk Memikat PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button