Terselamat Dari Di Baham Harimau Setelah Baca Doa Nabi Sulaiman

Terselamat Dari Di Baham Harimau Setelah Baca Doa Nabi Sulaiman

Terselamat Dari Di Baham Harimau Setelah Baca Doa Nabi Sulaiman

Berkat dari membaca doa Nabi Sulaiman antara sebab seorang pemuda terselamat ketika terserempak harimau belang.

Kejadian berlaku ketika pemuda tersebut mahu memancing di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Taman Dovenby Fasa 2, Sungai Siput, Perak.

Muhammad Luqman Haqim Muhamad Ghazali Lim, 22, berkata dia pergi berseorangan ke kawasan kolam memancing di ladang kelapa sawit tidak jauh dari rumahnya kira-kira 1.40 tengah hari.



Beliau sepatutnya pergi ke situ bersama dengan seorang rakan untuk memancing ikan haruan, berikutan isterinya baru melahirkan bayi sulung.

Namun beliau pergi bersendirian kerana kawannya tidak datang.

Ketika berseorangan di hutan sementara menunggu kedatangan rakan, dia terhidu bau seakan bau kambing jantan.

Namun tidak begitu menghiraukannya sebelum dikejutkan dengan kehadiran harimau dewasa berkenaan.



“Saya tidak pernah masuk hutan berseorangan, jadinya tadi (semalam) tergerak hati saya untuk membaca Doa Nabi Sulaiman”.

“Kemudian, saya pun pergi berseorangan menuju kolam pancing”.

“Ketika hampir tiba di kolam itu saya melihat dan menoleh ke sekeliling sebelum dikejutkan dengan kemunculan harimau terbabit yang terus mengaum”.

“Ketika itu harimau tersebut betul-betul sedang memerhatikan saya”.



“Jantung saya terasa bagaikan mahu luruh”.

“Saya terus kembali membaca doa Nabi Sulaiman sambil mengundur beberapa langkah dalam jarak 10 meter sebelum memecut lari menuju ke sebuah kuil berhampiran untuk meminta pertolongan”.

“Pengurusan kuil berkenaan pada mulanya tidak begitu mempercayai apa yang diceritakan”.

“Tetapi tiba-tiba ngauman harimau sekali lagi kedengaran dan disusuli dengan bunyi jeritan monyet,” jelas beliau.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, Mohd Jamalludin, berkata sepasukan anggota digerakkan ke lokasi sebaik panggilan daripada pengadu diterima jam 2.12 petang.

Pemantauan dibuat secara berkumpulan termasuk dengan mengambil gambar tapak kaki haiwan yang dipercayai harimau berkenaan.

“Perkara itu kemudian dimaklumkan kepada polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut,” katanya.



Berikut penulis sertakan doa Nabi Sulaiman, semuga memberi munafaat kepada kita.

Terselamat Dari Di Baham Harimau Setelah Baca Doa Nabi Sulaiman

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading