Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP

Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP

Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP

Perkembangan terbaru dalam dunia politik tanah air jelas memberitahu kita berlaku pergolakan yang amat serius dalam DAP.

Kenyataan Lim Kit Siang di luar negara berkenaan bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri, dilihat sebagai pembuka jalan untuk menyerang Anthony Loke.

Kemudian, ianya disambut pula dengan desakan dari Pengerusi Tetap DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai, supaya pilihanraya PBT dilaksanakan segera.



Dari sudut keperluan, penulis tidak melihat adanya sebarang keperluan kedua-dua isu tersebut secara tiba-tiba dibangkitkan.

Apa yang penulis nampak, kedua-dua isu tersebut secara sengaja dan terancang dibangkitkan untuk melakukan serangan ke atas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Tetapi persoalannya, mengapakah wujud konspirasi dari dalaman DAP sendiri untuk menyerang kepimpinan Anthony Loke.

Sangat jelas, serangan itu dimulakan oleh veteran DAP, Lim Kit Siang.



Dalam artikata lain, kumpulan yang melakukan serangan terhadap Anthony Loke adalah dari Dinasti Lim.

Dari sudut kuasa dan jawatan, Dinasti Lim kini sudah tidak lagi mempunyai cengkaman dalam DAP.

Kalau pun ada, hanyalah Lim Guan Eng yang kini menjadi Pengerusi DAP.

Tetapi di dalam DAP, Pengerusi DAP tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk membuat keputusan atau menentukan halatuju parti.



Kuasa eksekutif berpusat kepada Setiausaha Agung yang kini disandang oleh Anthony Loke.

Kenapa Anthony Loke Di Serang?

Persoalannya, mengapa Anthony Loke diserang oleh Dinasti Lim?

Ada beberapa isu serta keputusan yang dibuat oleh Anthony Loke dilihat tidak menyebelahi Dinasti Lim.

Isu perebutan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selepas pilihanraya negeri Pulau Pinang.



Dinasti Lim mahu supaya Lim Guan Eng kembali menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selepas pilihanraya negeri Pulau Pinang.

Tetapi Anthony Loke berkeras supaya Ketua Menteri sebelum itu, Chow Kon Yeow, dikekalkan.

Pengguguran bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, P Ramasamy, dari senarai calon DAP dalam pilihanraya negeri Pulau Pinang juga menjadi antara puncanya.

Sebelum itu, Dinasti Lim berpendapat Anthony Loke tidak melakukan yang secukupnya untuk menggugurkan kes mahkamah Lim Guan Eng.



Konspirasi untuk menjatuhkan beliau oleh Dinasti Lim tidak boleh dipandang remeh oleh Anthony Loke.

Walau pun mereka tidak lagi mempunyai kuasa dalam DAP, tetapi pengaruh mereka boleh menggugat Anthony Loke.

Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button