‘Spiderman’ Lokap Sabah Di Cekup Semula (Video Meloloskan Diri)

'Spiderman' Lokap Sabah Di Cekup Semula

‘Spiderman’ Lokap Sabah Di Cekup Semula (Video Meloloskan Diri)

Selepas 48 jam meloloskan diri pada Sabtu lalu, polis berjaya menahan semula tahanan Lokap Berpusat Kepayan hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Shahurinain Jais berkata, suspek dikenali sebagai Nazri Hassan berusia 33 tahun diberkas pada jam 11.50 pagi.

“Suspek dikesan ketika bersembunyi di sebuah pondok usang di kawasan hutan simpan berhampiran Mimpian Jadi Resort, Tuaran”.



“Suspek sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya pada pukul 4 petang”.

“Polis Sabah berterima kasih atas kepada orang awam yang memberikan kerjasama dan maklumat sehingga suspek berjaya diberkas,” katanya.

Terdahulu, suspek yang juga seorang tahanan berjaya meloloskan diri dari Lokap Berpusat Kepayan pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari itu, tahanan terbabit dipercayai melarikan diri sewaktu diiring anggota petugas lokap ke bilik siasatan untuk tujuan soal siasat.



Sewaktu melarikan diri, suspek yang direman bermula 10 hingga 18 Disember untuk siasatan mengikut Seksyen 431 A Kanun Keseksaan masih berpakaian lokap berwarna ungu.

Nazri keluar dari bangunan lokap dan memanjat pagar luar lokap sebelum melarikan diri.

Petugas lokap telah mengejar namun gagal apabila tahanan berlari laju ke kawasan belukar berhampiran.

Sebaik sahaja kejadian, gerakan mengesan tahanan dilaksanakan dengan segera menerusi Ops Tutup dan semua elemen.



Tahniah kita ucapkan kepada pihak polis yang telah bertindak pantas menangkap semula tahanan yang memboloskan diri.

Cuma menjadi persoalan, mengapakah tahanan tidak digari tangan mereka apabila di bawa keluar dari lokap tahanan polis.

Semuga kejadian yang memalukan ini tidak berulang lagi di mana-mana balai polis di seluruh negara.

‘Spiderman’ Lokap Sabah Di Cekup Semula (Video Meloloskan Diri)

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button