Semalaman kira wang disimpan dalam bilik sejak 10 tahun

Jakarta: Lelaki warga emas di Kota Serang, Banten, Indonesia mengejutkan keluarga dan jiran tetangga dengan ‘penemuan’ lebih 100 juta rupiah (kira-kira RM30,177) wang simpanannya dalam biliknya.

Portal Kompas melaporkan, rahsia itu terbongkar selepas Sarneli, 75, memberitahu anak saudaranya, Ola Sahala, 55, pada Selasa.

Dia menceritakan hal itu kerana sudah tidak boleh berjalan dan sakit serta hanya terbaring di atas katil sejak dua bulan lalu.



“Pada malam itu, pak cik beritahu wangnya ada di katil dan minta dikira bersama penduduk setempat,” kata Ola Sahala.

Sarneli sebelum ini hidup sebatang kara di rumahnya, di Lingkungan Karundang Lor, Cipocokjaya, Kota Serang.

Lelaki itu dipercayai mengumpul wang berkenaan sejak lebih 10 tahun tahun lalu dan ia diperoleh hasil usahanya menjual itik peliharaan, bantuan kerajaan dan sumbangan penduduk setempat.

Sarneli mengikat wang simpanannya menggunakan getah kemudian dibungkus dengan plastik dan disimpan dalam bilik.



Ada beberapa plastik dimasukkan ke tong bekas cat selain disimpan di atas dan di bawah tilam, serta katil.

Sementara itu, wang syiling dimasukkan ke tin kuih dan tiada seorang pun ahli keluarga tahu adanya wang itu dalam bilik Sarneli.

Wang itu dikira sejak jam 1 pagi hingga 7.30 malam dan lebih 7 juta rupiah (kira-kira RM2,080) dalam keadaan rosak.

Manakala, sebanyak 18,270,000 rupiah (kira-kira RM552) dalam keadaan masih baik, dengan pecahan 1,000 rupiah (kira-kira 0.30 sen), 2,000 rupiah (kira-kira 0.60 sen) , 5,000 rupiah (kira-kira RM1.50), 10,000 rupiah (kira-kira RM) dan 20,000 rupiah (kira-kira RM6).



“Ada juga wang 50,000 rupiah (kira-kira RM15) dan 100,000 (kira-kira RM30) dengan campuran wang baru dan lama,” kata Ola.

Ketika dikira dan diasingkan, jumlah wang yang masih baik adalah 104 juta rupiah (kira-kira RM30,902) sedangkan yang rosak 10 juta rupiah (kira-kira RM3,005).

Ola pun hairan bagaimana bapa saudaranya berani menyimpan wang sebanyak itu di rumah dengan kondisi pintu yang tidak pernah dikunci.

“Sebagai anak saudara, saya tidak sangka dia (bapa saudara) ada wang yang banyak dan disimpan di dalam bilik.



“Wang yang rosak sedang dalam proses pertukaran di bank,” katanya.

AGENSI


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading