Israel dakwa temukan rangkaian terowong di Gaza
Israel dakwa temukan rangkaian terowong di Gaza
Baitulmaqdis: Tentera Israel pada Rabu mendakwa sudah menemukan rangkaian terowong di Gaza digunakan oleh pemimpin Hamas, termasuk mereka yang dituduh merancang serangan 7 Oktober ke atas Israel.
Dakwaan rakaman dikongsikan tentera kononnya menunjukkan rangkaian besar terowong yang menghubungkan tempat persembunyian, biro dan pangsapuri kediaman milik pimpinan kanan Hamas.
“Terowong di sekitar Dataran Palestin di Bandar Gaza digunakan oleh pegawai kanan termasuk Ismail Haniyeh, Yahya Sinwar, Mohammed Deif dan lain-lain, untuk mengarahkan aktiviti operasi mereka,” dakwa jurucakap tentera Israel Peter Lerner dalam taklimat media secara dalam talian.
Sinwar, ketua Hamas di Gaza, dan Deif adalah dua pegawai kanan Hamas yang didakwa oleh Israel merancang serangan ke atas Israel pada 7 Oktober.
Dalam satu kenyataan, tentera Israel mendakwa terowong itu membentuk sebahagian daripada kompleks, baik di bahagian atas dan di bawah tanah adalah pusat kuasa bagi sayap ketenteraan dan politik Hamas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Sampai Masanya Nama Agama Di Larang Pada Parti Politik
- Isham Jalil Mulakan Langkah Untuk Memikat PAS
- Dewan Ulamak PAS Cuba Politikkan Isu Pemansuhan Seksyen 498 KK
Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP
Ia kemudian mendakwa bahawa Dataran Palestin menghubungkan ke infrastruktur bawah tanah di kawasan Hospital Rantisi dan Hospital Al=Shifa.
Pada 15 November lalu, tentera Israel mencetuskan bantahan antarabangsa dengan melancarkan serbuan pada waktu malam ke atas Hospital Al-Shifa.
Pada Ahad seterusnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jabatan kecemasan di hospital itu yang musnah akibat pengeboman Israel, sudah ‘bermandikan darah’ dan ‘memerlukan resusitasi’.
Israel menuduh Hamas menjalankan arahan berpusat di bawah hospital itu walaupun penafian berulang kali daripada pegawai hospital dan kumpulan pejuang Palestin.
Semua infrastruktur kesihatan di Semenanjung Gaza sudah terjejas teruk oleh pengeboman dan operasi darat yang dilakukan oleh tentera Israel.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Ini Bukan Kali Pertama Pegawai Polis Yang Membunuh Pelajar Sekolah Bertindak Luar Batasan?
- Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh
- ‘Spiderman’ Lokap Sabah Di Cekup Semula (Video Meloloskan Diri)
Awal minggu ini, seorang pegawai Hamas memperlekehkan penemuan terowong Gaza oleh Israel dengan mengatakan ia terlambat kerana terowong itu sudah ‘berjaya’ mencapai misinya.
Tentera Israel pada Ahad menunjukkan imej terowong Hamas terbesar yang ditemukan setakat ini di Semenanjung Gaza, berhampiran lintasan Erez, antara wilayah Palestin dan Israel.
Pejabat media kerajaan Hamas di Gaza berkata pada Rabu, sekurang-kurangnya 20,000 orang terbunuh di wilayah Palestin sejak perang dengan Israel bermula.
Katanya, kira-kira 8,000 kanak-kanak dan 6,200 wanita adalah antara yang maut, ketika konflik berlarutan lebih dua bulan selepas ia tercetus.
Israel dakwa temukan rangkaian terowong di Gaza
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Hadi Tolak Pelawaan Damai Anwar
- Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Buat Siti Mastura
- Kapal Israel Di Larang Berlabuh Di Pelabuhan Seluruh Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tok Mat Hasan Tukar Kementerian, Orang Lain Kepanasan