Comel tapi bikin haru-biru

Comel tapi bikin haru-biru

Comel tapi bikin haru-biru
ANJING laut yang menimbulkan masalah kepada penduduk di sebuah bandar di Australia. FOTO Instagram Neiltheseal22

Sydney: Anjing laut comel tetapi paling bermasalah di Tasmania, Australia, menjadi obsesi terbaharu pengguna TikTok.

Haiwan diberi nama Neil seberat 600 kilogram (kg) itu mencuri tumpuan ramai selepas video yang dirakam menunjukkan perjalanannya sekali-sekala melalui bandar mereka, tular.

Digelar penduduk sebagai ‘Neil the Seal’, Neil kerap menjelajah Dunalley dan bandar lain kerana jaraknya berdekatan dengan laut dan pantai, tempat Neil dan anjing laut selatan lain, berehat.



Bagaimanapun, tindakan Neil itu menyebabkan masalah termasuk kerosakan dan menimbulkan kekacauan.

Neil akan memasuki kawasan lapang dan jalan masuk rumah penduduk dan dilihat tidur di tengah jalan, malah menyebabkan kenderaan dilencongkan bagi mengelak ia bertembung dengan haiwan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bukan Melayu Boleh Jadi PM Kalau…




Seorang wanita dilaporkan tidak dapat memandu ke tempat kerja kerana Neil tidur siang di hadapan keretanya dan dia terpaksa menghubungi majikan untuk menjelaskan sebab dia lewat ke tempat kerja.

Pada masa lain, Neil diperhatikan menggigit kon lalu lintas yang diletakkan di sekelilingnya untuk perlindungannya serta penanda jalan lain yang ia anggap ganjil.

Pengguna TikTok terhibur melihat gelagat Neil yang menghuru-harakan bandar dijelajahinya sehingga berjaya mengumpul pengikut di media sosial.

Ia selepas foto dan videonya disiarkan di media berkenaan termasuk menerusi akaun Instagram yang dikendalikan seorang pelajar psikologi yang biasa ke Tasmania.



Pelajar itu juga menjawab soalan penting tentang tingkah laku Neil dari semasa ke semasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan Tukar Kementerian, Orang Lain Kepanasan


Sementara itu, pihak berkuasa hidupan liar tempatan dan pemilik akaun Instagram itu menasihatkan penduduk tempatan dan pelawat yang melihat Neil supaya berada sekurang-kurangnya tiga meter dari haiwan itu bagi melindunginya serta penduduk.



Dalam temu bual pada awal tahun 2023, pakar anthrozoology, Bruce Englefield berkata, tindakan mengganggu anjing laut boleh menyebabkan bahaya bahkan kematian kepada manusia.

Neil dilahirkan di Salem Bay, Australia pada 2020.

Anjing laut itu datang ke darat untuk berehat antara empat hingga lima minggu selepas menghabiskan masa lama mencari makan di laut terbuka.

Neil kemudian gemar ‘menjelajah’ bandar.





Comel tapi bikin haru-biru

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button