Geng Janggut, Geng Deva tumpas

Geng Janggut, Geng Deva tumpas

Geng Janggut, Geng Deva tumpas
Antara suspek yang ditahan selepas disyaki terbabit kes pecah rumah dan sekolah sekitar Petaling Jaya.

PETALING JAYA: Polis berjaya menumpaskan dua kumpulan penjenayah, ‘Geng Janggut’ dan ‘Geng Deva’ yang disyaki terbabit kes pecah rumah dan sekolah sekitar daerah ini.

Dari ‘Geng Janggut’, tiga suspek berusia lingkungan 37 hingga 40 tahun disyaki terbabit tujuh kes pecah rumah sekitar Seksyen 17 di sini pada 10 Disember lalu yang melibatkan kerugian mencecah RM146,000.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly, berkata Pasukan ‘Task Force Khas Pintu’ dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya membuat tangkapan ke atas kesemua suspek terbabit sekitar Seksyen 14, di sini, dua hari kemudian.



“Semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai 20 rekod jenayah, manakala dua rakannya, masing-masing ada 12 dan tiga rekod lampau. Semua suspek direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

M Hussin Sollehuddin berkata, pasukan sama turut berjaya menahan dua lelaki lain, disyaki ahli ‘Geng Deva’ yang dipercayai terbabit lima kes pecah sekolah sekitar daerah ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bukan Melayu Boleh Jadi PM Kalau…




“Pada 27 November lalu, jam 11.38 malam, polis menerima laporan mengenai kejadian pecah masuk di Jalan Changai, di sini. Bertindak atas maklumat, pasukan berkenaan membuat tangkapan dua lelaki tempatan berusia 16 dan 21 tahun di sekitar Desa Mentari, di sini, pada 11 Disember.

“Semakan ke atas dua lelaki itu mendapati mereka mempunyai rekod jenayah. Polis masih memburu suspek ketiga,” katanya menambah, polis turut menahan seorang lagi lelaki tempatan yang disyaki terbabit empat kes pecah rumah sekitar Damansara Damai.

“Suspek berusia 33 tahun ditahan 14 Disember di sekitar Lembah Klang, mempunyai satu rekod jenayah dan tiga rekod kesalahan narkotik, malah didapati positif methamphetamine. Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Geng Janggut, Geng Deva tumpas

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button