Mati terkejut kerana kera
Mati terkejut kerana kera
GURUN: Kehadiran kawanan kera yang menceroboh rumah penduduk di Kampung Batu Lapan di sini, semakin menjadi-jadi.
Tindakan agresif haiwan berkenaan menyebabkan penduduk hidup dalam ketakutan, selain terpaksa menanggung kerugian apabila bahagian bumbung dirosakkan haiwan liar berkenaan.
Penduduk, Norma Daud, 70, berkata dia kehilangan suaminya, Shafei Karim pada 18 Ogos tahun lalu akibat terkejut dengan kehadiran kawanan kera di depan rumah mereka.
“Kejadian itu lebih kurang jam 7.45 pagi, saya ketika itu sedang potong rumput di halaman rumah menggunakan sabit, suami saya tegur, bimbang saya diterkam kera. Arwah terus temani saya di depan rumah, tapi tak sampai beberapa minit kemudian, ada kera muncul.
“Akibat terkejut, dia yang berusia 74 tahun ketika itu jatuh tersembam, dahi terluka dan berdarah, meninggal dunia di situ juga,” kata ibu tiga anak ini yang trauma dan sentiasa menutup tingkap serta pintu rumah, termasuk waktu siang kerana berasa tidak lagi selamat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bukan Melayu Boleh Jadi PM Kalau…
- Hipokrasi Pemimpin PAS Dalam Politik
- Trump Hilang Kelayakan Bertanding Presiden Amerika
Katanya, rumah sering diceroboh kera sehingga ada yang membawa makanan seperti buah mangga dan makan di dalam rumah sebelum beredar.
Keadaan sama turut dialami Fauzah Hanafi, 65, yang bersama suami, Mat Daee, 83, berdepan masalah itu sejak 12 tahun lalu dan kini kera makin membiak dan tidak lagi takut kepada manusia.
“Suami kini uzur akibat sakit tua, rumah habis rosak angkara kera. Saya terpaksa panjat dan pasang sendiri jaring besi di bahagian dinding atas untuk elak diceroboh kera, tapi ini rumah lama dan uzur, ada bahagian dinding rumah yang reput.
“Kera datang berkumpulan antara 10 hingga 15 ekor, memang ada akan bolos masuk ke rumah. Apa saja makanan ada atas meja, kawanan kera ini akan makan, bawang pun dibawa lari,” katanya yang paling bimbangkan keselamatan suami yang juga kurang pendengaran.
Mohd Kelana Rusli, 45, memberitahu kawanan kera berkenaan turut menyerang penunggang motosikal, terutama yang membawa minuman.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Hadi Tolak Pelawaan Damai Anwar
- Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Buat Siti Mastura
- Kapal Israel Di Larang Berlabuh Di Pelabuhan Seluruh Malaysia
“Sudah banyak kali kera sambar air bungkus dibawa penunggang motosikal sehingga ada yang terbabas, semua terpaksa berhati-hati. Di rumah saya pun, kalau beli nasi lemak, sekejap saja kera datang curi, terlalu banyak kerana menyebabkan keadaan semakin tak terkawal,” katanya.
Katanya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILIRAN) sudah beberapa kali mengambil tindakan, namun masalah masih berterusan.
“Kawasan kampung di sini dikelilingi ladang kelapa sawit, pelbagai usaha dilakukan penduduk, namun kawanan kera tetap datang. Tanaman juga habis musnah, tambahan apabila musim buah, kera akan ‘rasmi’ (makan) dulu,” katanya.
Mati terkejut kerana kera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Lim Kit Siang Dan Tan Kok Wai, Tony Pua Pula Serang Kerajaan Perpaduan
- Sejarawan Yahudi Akui Kini Israel Berada Di Permulaan Pengakhiran
- Jaga Jaga Tun M, 2023 Dah Nak Habis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang