Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang

 

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang

Baru semalam penulis beri menulis tentang tahun 2024 yang akan menjadi tahun yang paling sibuk bagi Dr Mahathir and the gang.

Rupa-rupanya pada hari yang sama, harta yang dipercayai dimiliki oleh Ahmad Albab sudah pun disita oleh pihak SPRM.



Menurut sumber, punca harta tersebut disita kerana Ahmad Albab enggan mengisytiharkan harta tersebut sebagai milik beliau sekeluarga.

Tapi penulis rasa, bukan beliau enggan isytiharkan harta tersebut.

Tapi mungkin sudah terlalu banyak harta yang Ahmad Albab miliki, kemungkinan besar beliau lupa, harta tersebut adalah milik beliau sekeluarga.

Buat kata Sulaiman Akhlaken, harta Ahmad Albab ada di seluruh dunia.



Ada di Afghanistan, ada di Turjikistan dan ada juga di negeri gohed gostan.

CNA melaporkan tindakan sita dibuat susulan Ahmad Albab enggan mematuhi arahan SPRM.

Beliau cuba menyorokkan pegangan kewangan miliknya dan keluarga sewaktu dalam siasatan SPRM.

Siasatan SPRM di bawah AMLA yang bermula pada Mei lalu berkaitan transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997.



Di mana ia melibatkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM).

Ahmad Albab menafikannya dan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kaitan dengan perjanjian Renong-UEM.

Siasatan tersebut ekoran dari pendedahan oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta.



Antara lain membabitkan milik Ahmad Albab, dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan ahli keluarga mereka.

Semuga Ahmad Albab Tabah

Kepada Ahmad Albab, bertenang dan berikan kerjasama dengan SPRM dalam siasatan yang akan dibuat nanti.

Meminjam kata-kata Facebooker Salahuddin Hisham:

Apabila datang kepadamu pegawai penyiasat MACC…
Ketahuilah mereka ini wakil daripada kerajaan, untuk menyoal kamu…
Maka janganlah kamu menjadi terkejut, merasa gerun dan gentar kerana mereka itu adalah makhluk Allah jua sama seperti kamu…
Apabila pegawai itu bertanya kepadam kamu:
  • Apa pendapatan mu?
  • Apa harta mu?
  • Apa cara kamu perolehinya?
  • Siapa penama-penama untuk harta mu?

Maka hendaklah kamu jawab dengan benar dan jelas tanpa selindung-selindung…



Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button