Krew kereta kebal idam aksi LTdL

Krew kereta kebal idam aksi LTdL

Krew kereta kebal idam aksi LTdL
ZAHIN yang bertugas mengendalikan kereta kebal bersama ATM mengintai peluang bagi merebut tike ke perlumbaan LTdL.

KUALA LUMPUR – Pelumba pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC), Muhammad Zahin Wahhi menggalas misi penting menjelang saingan musim depan apabila meletakkan sasaran beraksi pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

Dia yang merupakan krew kereta kebal sudah pun menyertai beberapa perlumbaan luar kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bersama MPC sejak pasukan itu dilancarkan Ogos lalu.

Memandangkan MPC akan mula menyertai perlumbaan Jelajah UCI tahun depan, Zahin sedia untuk membuktikan kemampuan serta potensi sebenar dalam usahanya merealisasikan impian beraksi di LTdL.



“Antara impian besar saya adalah untuk beraksi dalam perlumbaan LTdL. Bagaimanapun, saya sedar bukan mudah untuk melakukannya kerana perlu bersaing sesama sendiri memandangkan 10 pelumba akan merebut enam slot ke LTdL.

“Oleh itu, saya perlu buktikan kemampuan dan menghasilkan keputusan yang baik untuk pasukan. Saya bangga dapat peluang berlumba bersama pasukan bertaraf benua kerana sebelum ini hanya berlumba dengan kelab kecil.

“Setakat ini, saya mendapat pengalaman yang berharga. Saya banyak belajar daripada bekas pelumba Sapura yang turut bersama dalam MPC,” kata pelumba berusia 25 tahun itu.

Zahin yang turut meletakkan sasaran beraksi di temasya Sukan SEA menjelaskan, ketika ini dia mendapat pelepasan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyertai perlumbaan bersama MPC.



“Ia (pelepasan) perlu diperbaharui setiap tiga bulan. Saya sudah bersama tentera sejak 2018 dan ditugaskan untuk mengendalikan kereta kebal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Krew kereta kebal idam aksi LTdL


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bukan Hanya Menara Ilham, Aset Daim Yang Lain Juga Akan Di Siasat



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button