Bersediakah UMNO Menjadi Pembangkang Semula?

Bersediakah UMNO Menjadi Pembangkang Semula

Bersediakah UMNO Menjadi Pembangkang Semula?

Apabila 5 orang ahli parlimen Perikatan Nasional (PPBM), mengisytiharkan menyokong Kerajaan Perpaduan, tidak dapat dinafikan kedudukan Anwar sebagai perdana menteri sangat kukuh.

Anwar bukan sahaja mempunyai majoriti sokongan ahli parlimen.

Malah mempunyai lebih 2/3 sokongan ahli parlimen.



Lebih-lebih lagi apabila presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Joe, mengisytiharkan akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal.

Angan-angan Perikatan Nasional untuk menubuhkan kerajaan tebuk atap, kekal menjadi angan-angan yang tidak kesampaian.

Tetapi adakah kekukuhan Kerajaan Perpaduan juga membawa maksud parti UMNO juga bertambah kukuh?

Kalau pemimpin UMNO beranggapan sedemikian, ternyata mereka sudah tersasar jauh.



Yang kukuh adalah Kerajaan Perpaduan dan bukannya UMNO kerana Kerajaan Perpaduan dan UMNO adalah 2 entiti yang berbeza.

Pemimpin UMNO jangan turut tersengih-sengih dan berasa selamat dengan pengukuhan Kerajaan Perpaduan.

UMNO mesti sedar, senario terkini adalah jauh berbeza dari senario selepas PRU 15.

Ketika itu, Pakatan Harapan sangat-sangat memerlukan sokongan dari Barisan Nasional bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan.



Realitinya, UMNO sangat memerlukan ehsan Pakatan Harapan untuk terus berada dalam kerajaan.

Tanpa UMNO, Kerajaan Perpaduan masih terus dapat berdiri teguh dengan sokongan 122 ahli parlimen.

Masa Hadapan UMNO Bergantung Kepada Tindak Tanduk Pemimpin UMNO Hari Ini

Tetapi tanpa ehsan Pakatan Harapan, UMNO bila-bila masa boleh tersingkir dari kerajaan dan berada di kerusi pembangkang.

Ketika itu, Timbalan Perdana Menteri dan semua menteri UMNO akan kehilangan jawatan serta merta.



Dan sekiranya Anwar masih mahu mengekalkan majoriti 2/3, pada bila-bila masa rundingan boleh dibuat dengan PAS.

Dengan tambahan 43 orang ahli parlimen dari PAS, Kerajaan Perpaduan kembali mempunyai 2/3 majoriti atau 165 ahli parlimen.

Perkara ini tidak mustahil.

Dengan tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri, PAS pasti akan bersetuju.



UMNO kini dilihat masih gagal mendapatkan sokongan orang Melayu dan ianya sudah digantikan dengan PAS.

Malah ada pendapat yang mengatakan UMNO kini menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan dalam Kerajaan Perpaduan.’

Manakala PAS pula dilihat semakin mendapat sokongan orang Melayu.

Apa nasib UMNO ketika itu?



Memasuki PRU 16 sebagai pembangkang dan dijangka akan terus menjadi pembangkang selepas itu.

Bersediakah pemimpin UMNO untuk menerima realiti itu?

Kalau tidak bersedia, bangkitlah dari mimpi yang membawa kisah fatamorgana yang indah.

Bersediakah UMNO Menjadi Pembangkang Semula?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button