Perang Palestin Israel Merebak Ke Laut Merah

Perang Palestin Israel Merebak Ke Laut Merah

Perang Palestin Israel Merebak Ke Laut Merah

Tentera Amerika mendakwa berjaya mematahkan serangan puluhan dron dan bedilan peluru berpandu yang dilancarkan kumpulan Huthi di Yaman.

Serangan itu dikatakan dilakukan ke arah kapal di Laut Merah, maklum Pentagon hari ini.

Menurut Pentagon, tiada kerosakan kapal atau kecederaan direkodkan susulan serangan ke atas kapal dagang yang melalui perairan berkenaan.



Pentagon berkata ia membabitkan 12 dron, tiga peluru berpandu balistik anti-kapal dan dua peluru berpandu serangan darat dalam tempoh 10 jam.

Kumpulan Huthi mengaku pihaknya bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu ke arah sebuah kapal di Laut Merah.

Ia termasuk melakukan serangan dron ke arah Israel sebagai tanda solidariti dengan Gaza.

Mereka melancarkan operasi dengan menyasarkan kapal komersial yang dikenali sebagai MSC UNITED dan melakukan beberapa serangan dron di selatan Israel.



Ia adalah serangan terbaru yang menggunakan dron dan peluru berpandu, dilancarkan oleh kumpulan itu

Kumpulan itu menjelaskan bahawa tujuan serangan adalah untuk mendesak pemberhentian segera serangan di Semenanjung Gaza, di mana rejim Zionis sedang memerangi pejuang Hamas.

Penyedia maklumat ketenteraan dikenali sebagai UKMTO berkata kedengaran bunyi letupan dan peluru berpandu dikesan berhampiran pelabuhan Hodeida di pantai barat Yaman.

Bagaimanapun, tambah agensi itu, sebuah kapal yang sedang transit dan anak kapalnya selamat.



Kapal itu kemudian meneruskan pelayarannya tanpa melaporkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan anak kapal.

Pentagon mendakwa, kumpulan Huthi melancarkan lebih 100 serangan dron dan peluru berpandu.

Mereka menyasarkan 10 kapal dagang yang membabitkan lebih 35 negara.

Perang Palestin Israel Merebak Ke Laut Merah

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button