Mahathir ‘seram sejuk’ bila Daim disiasat SPRM?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Mahathir 'seram sejuk' bila Daim disiasat SPRM?

Tun Mahathir memberi reaksi ‘seram sejuk’ menerusi penulisan beliau di facebook rasminya mengenai siasatan yang dilakukan SPRM terhadap Tun Daim Zainuddin.



Dipercayai Mahathir merujuk kepada apa yang berlaku selepas Menara Ilham disita SPRM.

1. I agree completely that Tuns should be investigated. If they cannot explain where or how they got the money, their property should be seized.

2. It is not necessary to obtain documentary evidence of their misdeeds. Suspicions alone should be enough. – Mahathir Mohamad – 27/12/2023

Agak pelik apabila Mahathir nampak ‘lain macam’ apabila SPRM memulakan siasatan dari mana sumber kewangan Daim Zainuddin selama ini.
 
Mengapa? Mahathir sewajarnya ‘membela’ Daim kerana bukan sedikit jasa beliau sepanjang mereka bergandingan dalam kabinet Mahathir dan apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri kali kedua, Daim dilantik dalam ‘Council of Elder’s’.
 
Mahathir 'seram sejuk' bila Daim disiasat SPRM?
Council of Elder’s
Jika diteliti perkara ke-3 tulisan Mahathir, beliau sebenarnya memerli SPRM dengan menyatakan bukan hanya seorang bergelar ‘Tun’ perlu disiasat, malah perlu ditahan reman sehingga sumber perolehan kewangan diketahui selain menunjukkan di manakah lagi wang disorokkan.
 
Mahathir mungkin LUPA apa yang telah beliau lakukan terhadap Najib Razak ketika menjadi Perdana Menteri. Bagaimana Najib dimalukan dengan pelbagai dakwaan serta tuduhan sedangkan bukti berkaitan tuduhan tidak ditunjukkan.
 
Mahathir sebenarnya perlu bertenang selagi Daim tidak ‘memetik’ nama beliau dalam siasatan SPRM. Percayalah, Daim tidak akan mengaitkan nama Mahathir apabila disiasat sumber serta cara perolehan kewangan yang dimiliki Daim.
 
Mahathir 'seram sejuk' bila Daim disiasat SPRM?
Tun Dr Mahathir
 
Sepertimana dikenali, Mahathir tidak akan menerima sebarang hadiah tanpa bayaran, malah beliau akan memastikan ada harga dibayar untuk memiliki sesuatu barang.
 
Walaupun hanya membayar sebanyak RM1, bagi barang atau aset yang dimiliki, Mahathir menunjukkan beliau telah menjelaskan bayaran dan tidak boleh dianggap sebagai ‘rasuah’.
 
Ini cara Mahathir mengelakkan dari dikaitkan dengan amalan rasuah. Cuba tanya berapakah harga yang beliau bayar untuk kediamannya di Mines Resort? Juga tanyakan harga aset-aset Mahathir yang lain.
 



 
 
 
 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading