Dua beradik didakwa bunuh lelaki

Dua beradik didakwa bunuh lelaki

Dua beradik didakwa bunuh lelaki
Dua beradik P Jagdeeshraj dan P Vasantharaj didakwa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di persimpangan Jalan Trus – Jalan Ungku Puan di Mahkamah Majistret, Johor Bahru hari ini. – Foto NSTP/Omar Ahmad

JOHOR BAHRU: Dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di persimpangan Jalan Trus – Jalan Ungku Puan di sini pada Oktober lalu.

Tertuduh, P Vasantharaj, 21, dan adik lelakinya, P Jagdeeshraj, 20, hanya mengangguk faham dengan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Farahah Mohd. Suah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua tertuduh bersama tiga individu yang masih bebas didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Syafiq Abd Latif, 25.



Perbuatan itu didakwa dilakukan di persimpangan Jalan Trus – Jalan Ungku Puan, di sini, pada jam 1.08 pagi, 27 Oktober lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun berserta denda tidak kurang 12 sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Nevina, manakala dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula bagi kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai pencuci kereta dan pembantu kedai itu pada 6 Mac depan.



Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki tempatan maut selepas terbabit dalam satu pergaduhan membabitkan senjata tajam, di Jalan Trus.

Dilaporkan mayat mangsa ditemukan dengan beberapa kecederaan di anggota badannya seperti tetakan di kepala, punggung, bahu, tangan dan pergelangan tangan.

 

Dua beradik didakwa bunuh lelaki

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kegagalan ‘Kartel Tun’ di belakang KUDETA ‘Dubai’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button