Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Cubaan Merampas Kuasa Berlarutan
Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Cubaan Merampas Kuasa Berlarutan
Bermula dari gagal membentuk kerajaan dengan hanya mempunyai 74 ahli parlimen, Perikatan Nasional hingga ke hari ini masih lagi belum boleh move on.
Pelbagai usaha mereka lakukan untuk menubuhkan kerajaan tebuk atap dengan menumbangkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan diperkenan oleh istana.
London Move, Dubai Move hanyalah angan-angan mereka agar Sheraton Move boleh berulang.
Penyokong Perikatan Nasional pula dimomokkan dengan cerita yang sama setiap kali diadakan pilhanraya.
Malah, pemimpin Perikatan Nasional, secara terang-terang tanpa selindung mengumumkan ‘sesuatu’ sedang dilakukan untuk menumbangkan kerajaan.
Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin, telah menyalahgunakan ehsan mahkamah yang memulangkan sementara passpot antarabangsa beliau.
Alasan yang diberikan oleh Muhyiddin untuk mendapatkan passpot adalah untuk bercuti dan mendapatkan rawatan kesihatan.
Tetapi ternyata ianya telah digunakan untuk tujuan lain dengan tersebarnya berita Dubai Move.
Persoalan yang agak menarik untuk kita fikirkan adalah, sampai bila kerajaan akan terus membiarkan cubaan merampas kuasa berlarutan.
Apakah kerajaan yang memerintah sekarang sudah merasa terlalu yakin bahawa mereka akan dapat bertahan hingga ke akhir penggal?
Jangan lupa, politik bersifat dinamik.
Dan dinamika politik akan memungkinkan sesuatu yang dianggap mustahil berlaku.
Sebelum PRU 14, pihak pembangkang ketika itu menganggap adalah mustahil untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang sudah berkuasa lebih dari 6 dekad.
Tetapi keputusan PRU 14 menyaksikan Barisan Nasional tumbang kerana terlalu yakin akan dapat bertahan.
Cubaan menumbangkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi adalah satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.
Pesalah yang disabitkan kesalahan, boleh dipenjarakan dari 5 tahun hingga ke 20 tahun.
Perkara ini jelas tercatan dalam Seksyen 124B Kanun Keseksaan (Cubaan Menjatuhkan Kerajaan).
Gunakan peruntukan undang-undang yang ada sebelumkerajaan dan ekonomi negara runtuh.
Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Cubaan Merampas Kuasa Berlarutan
Di Syorkan Untuk Anda:
- PAS Mula Khianati Mahathir
- SPRM Mulakan Siasatan Ke Atas Ismail Sabri
- Sila Ambil Nombor Di Kaunter SPRM, Jangan Berebut Yer…
- Armada Laut Iran Kini Memasuki Laut Merah