Kakitangan BSN semarakkan bulan kebangsaan
Kakitangan BSN semarakkan bulan kebangsaan

Kuala Lumpur: Dalam usaha menyemarakkan bulan kemerdekaan dan hari kebangsaan, Bank Simpanan Nasional (BSN) turut tidak ketinggalan meraikan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.
Ia sebagai tanda memupuk kecintaan negara dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warganya.
Dalam satu kenyataan, BSN berkata kakitangannya memperagakan busana kebangsaan daripada pelbagai suku kaum etnik di Malaysia.
“Kita turut meraikan mereka yang menggayakan pakaian kebangsaan dengan penyampaian hadiah oleh Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil.
“Tidak lupa ekspresi lebih bermakna menerusi bacaan ikrar Rukun Negara menjadi antara acara wajib dalam majlis itu,” katanya.
Kakitangan BSN semarakkan bulan kebangsaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat ‘SG4’
- Sambutan Program Keretapi Sarong Jauh Lebih Meriah Berbanding Himpunan Selamatkan Malaysia
- Ayob Khan: 25 Akan Di Soal Siasat Berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :