Satu kesilapan besar NFDP lambat dikaji – Azlan
Satu kesilapan besar NFDP lambat dikaji – Azlan
KUALA LUMPUR: Struktur Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) sepatutnya sudah lama dikaji semula tanpa menunggu keputusan yang lebih mendukacitakan diraih skuad muda negara di pentas antarabangsa.
Justeru, bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar mempersoalkan mengapa projek besar yang membabitkan banyak pihak dan menggunakan dana dari kerajaan itu perlu menunggu tempoh yang lama sejak 2014 untuk membuat kajian semula.
Dia berkata, sepatutnya dalam tempoh kira-kira 10 tahun projek berkenaan sudah boleh melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti tinggi dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Katanya, NFDP juga perlu mendapatkan pandangan atau kerjasama daripada pakar terutama daripada Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) yang memiliki ramai jurulatih bagus.
“Apa-apa organisasi pun, sebelum masalah menjadi lebih buruk kita kena cepat ambil tindakan. Kita sedar berlaku kepincangan, tetapi kita ambil masa yang lama untuk buat kajian, itu satu kesilapan besar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anthony Loke bidas kenyataan Tony Pua dengan pantasnya
- Najib aset BN dan PH jika bebas , kata Penganalisis
- Isu Nadir bumi di Kedah hantui MB Sanusi
“Kualiti pemain yang dilahirkan juga sama sahaja, mendatar. Ia kerana kita lambat ambil tindakan apabila berlaku kepincangan dan itu satu benda yang serius dalam tempoh 10 tahun, apa nak jadi dengan bola sepak negara.

“Saya berasa NFDP perlu babitkan diri dengan orang yang pakar seperti PJBM. Sekarang ini pun masih lagi tiada keterbukaan dalam memajukan sukan negara kerana orang yang lantang bersuara dan positif terus disisihkan, benda itu kena ubah.
“Kita perlukan satu organisasi lebih tersusun yang mana kena lantik sekurang-kurangnya lima pakar untuk ketuai aspek tertentu seperti teknikal, sains sukan, pengurusan. Gabungkan semua pakar untuk jadi satu organisasi yang kuat,” katanya.
Semalam, BH Sukan melaporkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman menganggap struktur Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di bawah NFDP perlu kajian semula secara menyeluruh.
Beliau berkata, sejak 2014 masih belum ada lagi kejayaan yang sepatutnya dikecapi dan ia tidak berbaloi dengan apa yang sudah disalurkan kerajaan.
Selain itu, Azlan turut menyifatkan keghairahan pasukan Liga Malaysia (Liga M) menggunakan pemain import menutup ruang lebih besar pemain tempatan meningkatkan tahap persembahan mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Drama konflik dalaman BERSATU tarik perhatian
- Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa
Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian
“Kalau tengok liga tempatan, rata-rata pasukan melainkan JDT dan Selangor. Bagi 15 perlawanan, ada 1,350 minit permainan dan apa yang saya kaji tak sampai 60 peratus pemain import bermain lebih dari 600 minit.
“Pemain tempatan lebih banyak bermain sedangkan import dibayar gaji mahal. Pelbagai kerenah mereka termasuk cedera hingga tak boleh bermain lebih dari 600 minit sepanjang 15 perlawanan, kenapa itu berlaku.
“Ia menunjukkan kita memaksa diri kita menolak kemampuan pemain tempatan semata-mata nak beri peluang kepada import, ini saya buat kajian. Jadi, pemain tempatan tidak diberi ruang cukup untuk maju dalam bola sepak negara,” katanya.
Satu kesilapan besar NFDP lambat dikaji – Azlan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Tony Pua: UMNO Harus Lebih Bijak
- Apa Sumbangan MCA dan MIC Untuk Memulihkan Barisan Nasional?
- Pahang negeri pemerintahan BN bertambah gah dengan pembukaan Lebuh raya baru bebas tol
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :