2 beranak tercampak, cedera motosikal dirempuh bas

2 beranak tercampak, cedera motosikal dirempuh bas

2 beranak tercampak, cedera motosikal dirempuh bas
Tangkap layar daripada rakaman video menunjukkan penunggang motosikal yang terbabit kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan, hari ini.

KUANTAN: Seorang wanita bersama anaknya berusia lima tahun cedera selepas tercampak apabila motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Kuantan-Pekan, di sini, hari ini.

Nahas kira-kira jam 12.50 tengah hari itu berlaku apabila motosikal berkenaan didakwa keluar dari simpang kiri dan terus memasuki lorong kanan laluan bas terbabit sehingga menyebabkannya dilanggar dari belakang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian dilaporkan berlaku ketika bas tanpa penumpang itu dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun dari arah Terengganu menghala ke Johor.



“Setiba di lokasi kejadian, ketika bas itu bergerak lurus di lorong kanan, motosikal terbabit dikatakan tiba-tiba keluar dari simpang kiri dan terus bertukar ke lorong kanan laluan bas berkenaan.

“Pemandu bas dikatakan cuba mengelak tetapi disebabkan jarak terlalu dekat, bas itu melanggar motosikal terbabit.

“Akibat kemalangan itu, wanita berusia 43 tahun yang menunggang motosikal terbabit bersama anak lelakinya mengalami kecederaan. Dua beranak itu kemudian dibawa jentera pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 36 saat dalam media sosial yang menunjukkan seorang wanita dan kanak-kanak tercampak apabila motosikal ditunggang mereka dilanggar sebuah kenderaan dari belakang.



2 beranak tercampak, cedera motosikal dirempuh bas


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading