Ambulans bawa pesakit meninggal terbabit kemalangan

Ambulans bawa pesakit meninggal terbabit kemalangan

Ambulans bawa pesakit meninggal terbabit kemalangan
Ambulans yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 1 Jalan Chukai-Air Putih di sini. – Foto Ihsan Pembaca

CHUKAI: Ambulans membawa pesakit sudah meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman terbalik selepas kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 1 Jalan Chukai-Air Putih di sini pada 10.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berumur 59 tahun membelok ke kanan dari persimpangan lampu isyarat, menghala ke Batu 2 1/2.

“Dalam masa sama, ambulans dinaiki pemandu berusia 37 tahun dan penumpang iaitu Penolong Pegawai Perubatan berusia 27 tahun serta pesakit yang juga guru berusia 55 tahun masuk ke arah laluan kenderaan pacuan empat roda itu dari sebelah kanan dan melanggar bahagian tepi belakang kenderaan itu.



“Akibat pelanggaran, ambulans terbalik terbalik ke sebelah kiri jalan. Pesakit pula disahkan sudah meninggal dunia sebelum kemalangan itu berlaku,” katanya hari ini.

“Mayat guru terbabit dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ambulans bawa pesakit meninggal terbabit kemalangan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button