Puteri Sarah Kesal Gosip Bakal Kahwin Dengan Andi Tular, Akui Tidak Selesa Kerana Bimbang Timbul Fitnah

Puteri Sarah Kesal Gosip Bakal Kahwin Dengan Andi Tular, Akui Tidak Selesa Kerana Bimbang Timbul Fitnah

Puteri Sarah Kesal Gosip Bakal Kahwin Dengan Andi Tular, Akui Tidak Selesa Kerana Bimbang Timbul Fitnah
Puteri Sarah Kesal Gosip Bakal Kahwin Dengan Andi Tular, Akui Tidak Selesa Kerana Bimbang Timbul Fitnah

Sejak belakangan ini, masalah perceraian dalam masyarakat kita semakin meningkat dari hari ke hari. Tidak kira dalam kalangan pasangan muda, mahupun yang sudahpun melayari bahtera lebih 20 tahun.

Malah tambah merisaukan lagi, ianya juga datang dari golongan selebriti yang dikenali ramai menyebabkan sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada masyarakat.

Benar, ia adalah takdir dan anda seharusnya menerima hakikat jodoh di tangan Allah S.W.T. Tiada siapa yang suka pada perceraian namun anda tidak mampu menolak takdir yang sudah ditentukan-Nya.



Namun perpisahan dalam perkahwinan sesuatu menyakitkan. Malah, tiada mana-mana pasangan mengimpikan ikatan suci dibina atas dasar cinta berakhir perceraian. Apatah lagi, perkahwinan itu diserikan dengan cahaya mata.

Oleh yang demikian, mungkin tidak mudah bagi individu yang pernah diuji dengan penceraian untuk mencari cinta baharu.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘SD’ sekadar fatamorgana , pintu penjara menunggu puak anarki



Baru-baru ini pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana, kesal gosip mendakwanya bakal berkahwin dengan rakan perniagaan yang juga aktor Indonesia, Andi Arsyil, 37, semakin kecoh.

Puteri Sarah berkata, dia kurang selesa kerana dakwaan berkenaan boleh menimbulkan fitnah, apatah lagi, dia dan Andi hanya teman rapat dan sedang giat menjalankan perniagaan produk penjagaan kulit dan tudung bersama.

“Hubungan saya dengan Andi buat masa ini memang hanya rakan perniagaan, di mana kami jual produk penjagaan kulit dan tudung bersama. Ia tidak lebih daripada itu pun.

“Saya tak suka bila ada orang keluarkan kenyataan sedemikian kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Kalau Andi tahu, dia pun mungkin tak suka.



“Untuk seseorang keluarkan kenyataan begitu bagi pihak saya, itu memang tak manis.

“Kawan-kawan saya pun tak pernah cakap atau keluarkan kenyataan begitu. Tiba-tiba, seseorang memandai-mandai keluarkan kenyataan begitu,” katanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul 8 Mac 2014.

Bagaimanapun, pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu.



Hasil perkongsian hidup, Puteri Sarah dan Syamsul dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5.

Puteri Sarah Kesal Gosip Bakal Kahwin Dengan Andi Tular, Akui Tidak Selesa Kerana Bimbang Timbul Fitnah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button