Rasuah ahli patologi: Siasatan sudah dimulakan
Rasuah ahli patologi: Siasatan sudah dimulakan
BATU PAHAT: Polis sudah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap sebahagian daripada 33 pegawai dan anggota yang terlibat dalam kes rasuah membabitkan ahli patologi di sebuah hospital.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata mereka yang terlibat dipindahkan tempat kerja, supaya tidak lagi melakukan penugasan yang sama sehingga siasatan selesai.
“Mereka yang dipercayai terlibat ini ada yang masih berkhidmat, ada yang dah bertukar dan ada yang sudah pencen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Sri Gading, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya memberi kerjasama penuh dan sentiasa berhubung dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan berhubung kes itu.
SPRM sebelum ini menahan seorang pegawai patologi sebuah hospital yang disyaki merasuah ahli patologi di sebuah hospital di negeri ini, berhubung keputusan ujian saringan air kencing, dan penahanan dibuat susulan wujud persoalan berhubung ratusan kes dadah yang mungkin dilepaskan dan perlu disiasat semula, ekoran perbuatan ahli patologi itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- CEO KFA Berak, Tangan Sanusi Pula Yang Berbau Taik, Dah Kenapa?
- Kronologi Kecanduan PN Terhadap Kerajaan Tebuk Atap
- Kartel Impot Warga Asing Di Dedahkan
‘SD’ sekadar fatamorgana , pintu penjara menunggu puak anarki
Beberapa media melaporkan hasil siasatan SPRM mendapati 33 pegawai dan penolong pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh daerah di Johor dipercayai terbabit bersama ahli patologi itu sejak 2018. – BERNAMA
Rasuah ahli patologi: Siasatan sudah dimulakan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rasuah KFA: SPRM Panggil Sanusi
- Antara Dr Samsuri dan Muhyiddin, siapa layak jadi PM 11?
- Penyokong PN, Mahathir berjaya ‘dibodohkan’ oleh 3 blogger
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :