Mas Kahwin Pernikahan Putera Mateen Cetus Tanda Tanya? Ini Respon Rakyat Brunei [VIDEO]

Mas Kahwin Pernikahan Putera Mateen Cetus Tanda Tanya? Ini Respon Rakyat Brunei

Mas Kahwin Pernikahan Putera Mateen Cetus Tanda Tanya? Ini Respon Rakyat Brunei

 

Tahniah yang tidak terhingga kepada Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah atas persatuan cinta yang dibina dengan gadis pilihan hati Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah. Pasangan ini selamat bernikah, hari ini di Masjid Omar Ali Saifuddien, Brunei, pada tengah hari.



@22_zeronine

Majlis Istiadat Akad Nikah Pengantin Diraja. Alhamdulilah, Congratulations To The Royal Couple. #princeabdulmateen #dayanganisharosnahbintiadam #princemateen #pengantindirajabrunei2024 #bruneiroyalwedding #masjidomaralisaifuddein #bruneidarussalam #brunei #rtb #rtbgo #rtbnews

♬ original sound – 22_ZeroNine – 22_ZeroNine

Putera Mateen merupakan anak ke-10 dari keluarga diraja yang mulia, Sultan Hassanal Bolkiah. Pengantin perempuannya – cucu kepada salah seorang penasihat utama ayahandanya – dilaporkan mempunyai jenama fesyen dan memiliki perniagaan dalam sektor pelancongan.



Video istiadat pernikahan pasangan diraja itu kini menjadi tular di laman media sosial. Seluruh rakyat Brunei mahupun di Malaysia mengucapkan tahniah kepada Putera Mateen dan Anisha . Ramai mendoakan pernikahan pasangan ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kasih sayang, dan keberkatan dari Ilahi.

Apa yang menarik perhatian, jumlah mas kahwin yang disebut oleh Putera Mateen dalam ringgit telah mencetuskan tanda tanya. Rupanya ramai juga yang tidak tahu bahawa di Brunei, mereka menggunakan ringgit untuk matawang.

Di ruangan komen, rata-rata masayarakat Brunei menjelaskan penggunaan matawang rasmi mereka iaitu ringgit dan dollar dalam sebutan bahasa Inggeris.

“Korang boleh search dekat google tntng matawang brunei Depan akaan tertulis Satu ringgit belakang One dollar. tetapi kita orang brunei utamakan dlm bahasa melayu Sbb english our second language”



“Ringgit kan bahasa melayu untuk matawang. Brunei dollar in english, Ringgit Brunei dlm bahasa melayu. Haa gituuu”

Mas Kahwin Pernikahan Putera Mateen Cetus Tanda Tanya? Ini Respon Rakyat Brunei [VIDEO]

 

Sementara itu, acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari. Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.



Mas Kahwin Pernikahan Putera Mateen Cetus Tanda Tanya? Ini Respon Rakyat Brunei [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button