Tyzo bukan lagi penyampai Suria FM

 

Oleh – Pena Merah


Tyzo bukan lagi penyampai SURIA FM
Tyzo ketika memenangi Penyampai Radio Popular pada ABPBH 35

Stesen radio, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir hari ini.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik dan segar tahun ini hingga seterusnya.



“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo adalah tempoh kerjasama baik. Kami ucapkan terima kasih atas sumbangan beliau.

“Kami sudah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar.

“Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Tyzo bukan lagi penyampai SURIA FM
Tyzo bersama teman penyampai segmen Suria Petang, Sharifah Shahirah atau Shiera.

Suria FM turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tyzo atas kerjasama yang diberi sepanjang bersama stesen radio itu.

Tyzo atau nama sebenar, Tuah Zolqarnain pernah bersama Suria FM pada 2007, namun, meninggalkan stesen berkenaan selepas enam tahun berkhidmat.

Tyzo yang menerima trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 menyertai dunia penyiaran bersama stesen radio Muzik FM pada 16 Julai 2004.

Tyzo pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM.



SUMBER – BERITA HARIAN

Bagaimanapun ada video di TikTok menceritakan kisah sebaliknya. Mungkin Tyzo ada cerita tersendiri dan tidak selari dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan SuriaFM.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading