Mangsa kebakaran Taman Victoria ditempatkan di PPS

Oleh – Syeikh BaranĀ 


Mangsa kebakaran Taman Victoria ditempatkan di PPS

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 47 mangsa kebakaran selepas sembilan rumah musnah dijilat api di Lorong 4, Taman Victoria, di sini, semalam.



Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan PPS Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau diaktifkan pada jam 8.30 malam bagi menempatkan 12 keluarga terjejas akibat kejadian itu.

“Mangsa terdiri daripada 21 lelaki dewasa, 15 wanita serta enam kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan,” katanya.

Sementara itu Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy, berkata beliau akan menghubungi Majlis Perbandaran Tawau bagi mengenal pasti kekosongan unit rumah bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) susulan terdapat permohonan daripada mangsa kebakaran terbabit.

“Ada dalam kalangan mangsa itu tidak berkemampuan dan perlu dibantu dari segi rumah,” katanya yang turut melawat mereka di PPS serta menghulurkan bantuan wang tunai kepada ketua keluarga.



Sumber – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button