Tamak nak hidup mewah

Oleh – Syeikh Baran


Tamak nak hidup mewah
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, menyifatkan sikap tamak dan mengikut kehendak diri sebagai antara sebab masih berlaku kes jenayah dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Beliau berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mereka mengikut undang-undang.



“Saya tak setuju jika dikatakan ramai anggota polis terbabit salah laku sebab 10 anggota yang melakukan kesalahan berbanding 10,000 yang ada di Kuala Lumpur, itu kurang daripada satu peratus bermasalah.

“Penyeliaan anggota turut penting tetapi punca utamanya (salah laku) ialah kelemahan peribadi, nak hidup mewah dan tamak. Ini sedang tangani.

“Mereka perlu dilepaskan daripada pasukan ini dan masyarakat perlu menghargai baki mereka yang bekerja keras menjaga keharmonian masyarakat,” katanya selepas sesi Program Walkabout Ketua Polis Kuala Lumpur, di sini, malam ini.

Beliau mengulas kejadian enam anggota dari sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kuala Lumpur yang ditahan selepas terbabit memproses dan mengedar ketum.



Allaudeen berkata, tindakan tahan kerja sudah diambil sehingga siasatan selesai.

“Empat daripada mereka ditahan kerja, kita sedang tunggu laporan kimia. Jika positif, kita hantar kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk pertuduhan,” katanya.

Allaudeen berkata, empat anggota yang disyaki melakukan pemerasan di hadapan pangsapuri di Kepong pada 4 Januari lalu turut ditahan kerja.

“Kes telah selesai siasatan dan mereka akan dituduh dalam masa terdekat,” katanya.



Sumber – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button