DOHA di ‘gegar’ penyokong Harimau Malaya

Oleh – Syeikh Baran


DOHA di 'gegar' penyokong Harimu Malaya

Bahang aksi sulung Malaysia di pentas Piala Asia 2023, esok semakin dirasai di Doha, Qatar apabila puluhan penyokong Harimau Malaya berkumpul di Souq Waqif, di sini, hari ini.



Apa yang menarik, nyanyian dan paluan kompang lebih menggamatkan lagi suasana yang mana ia turut mendapat perhatian daripada penyokong dan media negara lain.

Lebih meriah, apabila terdapat juga penyokong negara lain yang turut sama menari dan menyanyi bersama kumpulan penyokong Harimau Malaya.

Program itu dijayakan menerusi kolaborasi antara Kelab Kompang Qatar dan ‘Malaysian Association of Qatar’ sempena penyertaan skuad bola sepak kebangsaan di pentas Piala Asia 2023.

Skuad Harimau Malaya akan turun menentang Jordan bagi aksi pertama mereka dalam Kumpulan E di Stadium Al Janoub, jam 1.30 pagi esok waktu Malaysia.



Sebahagian penyokong atau pemain ke-12 skuad negara sudah berada di Qatar bagi memberi sokongan kepada barisan pemain Harimau Malaya yang layak beraksi di pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas 43 tahun.

Sumber – Berita Harian


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading