Jacinda Ardern kahwini Gayford

Jacinda Ardern kahwini Gayford

Jacinda Ardern kahwini Gayford
JACINDA Ardern bersama Clarke Gayford. FOTO Felicity Jean Photography/ Reuters

Wellington: Bekas Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkahwin dengan rakan lamanya, Clarke Gayford dalam satu majlis tertutup, pada 13 Januari lalu.

Ardern, 43, dan Gayford, 47, bertunang pada Mei 2019 dan sepatutnya berkahwin pada awal 2022, tetapi majlis itu dibatalkan kerana penularan Covid-19.

Perkahwinan itu berlangsung di Hawke’s Bay di Craggy Range Winery di pantai timur Pulau Utara New Zealand, kira-kira 310 kilometer (km) di utara Wellington.



Gambar rasmi menunjukkan Ardern tersenyum memakai gaun putih, manakala Gayford memakai sut hitam.

Antara tetamu yang menghadiri majlis itu ialah Ketua Pembangkang, Chris Hipkins.

Andern menjadi ikon global untuk politik berhaluan kiri dan sebagai wanita yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2017 sehingga Januari 2023.

Ardern juga menjadi antara dua pemimpin wanita negara yang membawa anak ke mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Dalam pada itu, Ardern, sejak enam bulan lalu, menggalas tugas menerusi tiga fellowshipdi Universiti Harvard.

Beliau adalah pemegang amanah Hadiah Earthshot Putera William dan utusan khas untuk Christchurch Call iaitu rangkaian yang ingin menghapuskan kandungan pengganas dan pelampau ganas dalam talian.

Ia ditubuhkan selepas pembunuhan beramai-ramai di New Zealand yang menyasarkan umat Islam.

Ardern dan Gayford mempunyai anak perempuan, Neve, yang kini berusia lima tahun.



Jacinda Ardern kahwini Gayford

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button