Mercato buka cawangan ke-10
Mercato buka cawangan ke-10
Kuala Lumpur: GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pengendali pasar raya premium Mercato membuka cawangan ke-10 di The Exchange TRX.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GCH Retail (Malaysia), Cheah Yong Hock berkata, lokasi mercu tanda baharu di Kuala Lumpur terbabit adalah tempat yang sesuai untuk menubuhkan cawangan Mercato.
Katanya, Mercato The Exchange TRX juga menampilkan pelbagai pilihan produk premium yang diimport dari seluruh dunia.
“Di Mercato, kami komited dalam menyediakan pilihan produk yang mampan dan segar untuk pelanggan kami.
“Ini juga adalah cawangan pertama yang mempunyai Kafe Mercato yang menampilkan pelbagai jenis minuman dan hidangan makanan lokal seperti Nasi Lemak Mercato.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berhenti Memanipulasi Isu Pengampunan DS Najib
- Mahathir perlu jawap sumber kekayaan keluarga
- Shafee ingatkan media jangan melangkaui Perlembagaan
“Lokasi strategik dan menjadi tumpuan ramai, TRX adalah pilihan tepat untuk kami menyediakan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan,” katanya.
Beliau berkata, kos pelaburan Mercato di TRX yang dianggarkan RM15 juta dan kos setiap cawangan bergantung kepada keluasan lokasi berkenaan.
“Keseluruhan luas kawasan cawangan Mercato di sini adalah kira-kira 30,000 ribu kaki persegi dan kos setiap cawangan adalah berbeza.
“Setakat ini, kita ada 10 cawangan di seluruh Malaysia termasuk dua di Pulau Pinang dan satu di Johor Bahru.
“Pastinya kami akan buka lebih banyak cawangan terutama di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Petaling Jaya,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut menyasarkan untuk membuka 50 cawangan dalam tempoh lima tahun.
Mercato buka cawangan ke-10
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Daim akui kekayaan beliau boleh cecah RM50 Billion
- Perikatan Nasional sudah berada ‘hujung nyawa’?
- Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?