Pasangan rugi RM9500, penyamun masuk ikut bumbung

Oleh – Syeikh Baran


Pasangan rugi RM9500, penyamun masuk ikut bumbung

 Sepasang suami isteri kerugian RM9,500 selepas rumah mereka di Jalan 16, Ampang Jaya di sini dipecah masuk seorang lelaki melalui bahagian bumbung kediaman itu semalam.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Azam Ismail berkata, kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa keluar berniaga di sekitar Jalan Ampang dan meninggalkan rumah mereka jam 10 pagi.

“Sekitar jam 3 petang semasa mangsa pulang daripada berniaga dan masuk ke rumahnya mendapati ruang tamu dalam keadaan berselerak dan pintu bilik utama terkunci dari dalam.

“Menggunakan kunci pendua mangsa berjaya masuk ke dalam bilik berkenaan dan mendapati barangan dalam keadaan berselerak san siling terbuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang suspek lelaki tidak dikenali berada di atas bumbung rumah mangsa.



Katanya, suspek dipercayai memecah masuk melalui bumbung dan masuk melalui siling rumah ke dalam rumah.

“Mangsa mendapati beberapa barangan berharga miliknya hilang antaranya barangan kemas bernilai RM7,000 dan wang tunai RM2,500 dan anggaran kerugian keseluruhan RM9,500.

“Pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini, untuk menghubungi balai berdekatan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber – Harian Metro




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading