Houthi ikrar lawan Israel, halang kapal sekutu lalui Laut Merah

Houthi ikrar lawan Israel, halang kapal sekutu lalui Laut Merah

Houthi ikrar lawan Israel, halang kapal sekutu lalui Laut Merah
PENDUDUK Hudeida berhimpun menyatakan bantahan terhadap serangan tentera AS dan British terhadap Kumpulan Houthi, pada Jumaat. FOTO AFP

Sanaa: Kumpulan Houthi di Yaman berkata kumpulan itu akan meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Israel dan menghalang kapal rejim itu daripada melalui Laut Merah, lapor Anadolu memetik Agensi Berita Saba.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Sanaa, ibu negeri Yaman, menjadi sasaran serangan udara.

“…ia sama sekali tidak akan menghalang Yaman daripada meneruskan operasi ketenteraannya terhadap musuh kami Israel dan menghalang kapal sekutu mereka menuju ke pelabuhan Palestin yang diduduki.



“Pencerobohan Israel pasti akan cuba dihalang oleh angkatan tentera kami, operasi ketenteraan Yaman terhadap musuh dan menghalang laluan kapalnya dan kapal dari negara lain yang membawa barangan ke sana,” menurut kenyataan itu.

Amerika Syarikat (AS) dilaporkan melancarkan serangan udara terbaru di Sanaa pada Sabtu, sehari selepas serangan dilakukan oleh Washington dan London terhadap sasaran di kawasan yang dikawal oleh Houthi di Yaman.

Selepas serangan pada Jumaat yang mengorbankan lima ahli Houthi, kumpulan itu berikrar bahawa semua kepentingan AS dan Britain akan menjadi ‘sasaran’ sebagai tindak balas kepada ‘pencerobohan langsung’ mereka terhadap Yaman.

Houthi ikrar lawan Israel, halang kapal sekutu lalui Laut Merah

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading