Pesawat berpatah balik kerana tingkap kokpit retak

Pesawat berpatah balik kerana tingkap kokpit retak

Pesawat berpatah balik kerana tingkap kokpit retak
LELAKI mendaftar masuk di kaunter ANA di terminal domestik, Lapangan Terbang Antarabanga Haneda. FOTO AFP

Tokyo: Sebuah penerbangan domestik All Nippon Airways (ANA) di Jepun, pada Sabtu, terpaksa berpatah balik ke sebuah lapangan terbang, lokasi ia berlepas.

Ia selepas kesan keretakan ditemukan di tingkap kokpit pesawat Boeing 737-800 itu ketika ia di udara, kata seorang jurucakap syarikat penerbangan berkenaan.

Ia selepas kesan retakan ditemukan pada bahagian paling luar tingkap empat lapis yang mengelilingi kokpit, kata jurucakap berkenaan.



Beliau menambah, tiada kecederaan dialami 59 penumpang dan enam anak kapal.

“Keretakan itu bukan sesuatu yang menjejaskan kawalan atau tekanan penerbangan,” kata jurucakap ANA.

Pesawat itu bukan antara pesawat Boeing 737 MAX 9 yang menarik perhatian ramai selepas tingkap pada pesawat baharu Alaska Airlines, tercabut, ketika penerbangan pada minggu lalu.

Pengawal selia penerbangan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu mengumumkan untuk melanjutkan penggantungan pesawat Boeing 737 MAX 9 untuk pemeriksaan keselamatan.



Pesawat berpatah balik kerana tingkap kokpit retak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button