Muhyiddin sudah pulangkan pasport dan bawa balik menantu?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Muhyiddin sudah pulangkan pasport dan bawa balik menantu?

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan untuk memulangkan pasport antarabangsa beliau ke Mahkamah sebelum 15 Januari 2024.



Muhyiddin sebelum ini mendapat kebenaran menggunakan pasport sementara ke luar negara bagi bercuti ke UK dan Dubai sejak 15 Disember 2023.

Beliau sebelum ini memfailkan afidavit bagi mendapatkan semula pasport Antarabangsa miliknya namun telah ditolak Mahkamah.

“Pemohon masih berdepan pertuduhan yang serius dan berkemungkinan beliau melarikan diri tetap ada, terdapat banyak kes di mana SPRM tuduh seseorang itu, mereka tidak balik ke Malaysia dan kita tidak boleh buat apa disebabkan pasport tiada pada kita,”

 Bagaimanapun permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport sementara untuk ke luar negara iaitu di London, United Kingdom (UK) dan Dubai bermula 15 Disember ini hingga 11 Januari 2024 dibenarkan mahkamah.   – Laporan 29/11/2023



Carian mengenai kepulangan Muhyiddin selepas bercuti tidak menemukan butiran lengkap.

Ini menimbulkan kemusykilan samada beliau sudah memulangkan pasport sementara atau masih belum berbuat demikian.

Ada juga spekulasi nakal yang bermain di media sosial mengenai ‘misteri kehilangan’ menantu Muhyiddin Yassin bersama Peguamnya.

“Notis merah dimohon SPRM ke atas menantu Tan Sri Muhyiddin dan peguamnya, segala dokumen dan soalan-soalan yang perlu dijawab oleh pihak SPRM untuk diisi dalam borang tertentu telah selesai dibuat. Kita terima borang tersebut daripada SPRM kira-kira pukul 3 petang,” – Laporan 3/10/2023



Gosip politik kedai kopi menyebut ada pertemuan sulit di London tetapi tidak didedahkan siapa individu yang bertemu di sebuah hotel serba mewah.

Agak sukar untuk diterima jika Muhyiddin menafikan beliau langsung tidak berhubung dengan menantunya sejak ‘hilang’ dari Malaysia.

Muhyiddin sudah pulangkan pasport dan bawa balik menantu?

Jika difikirkan, ada kemungkinan Muhyiddin telah bertemu dengan menantunya secara sulit namun tidak dapat disahkan mengenai perkara tersebut.



Kepulangan Muhyiddin selepas ‘percutian keluarga’ sudah pasti banyak menyuntik semangat baru kepadanya bagi berdepan kes di Mahkamah kelak.

Lebih mencabar lagi, dikatakan beliau sekali lagi dicalonkan bagi jawatan Perdana Menteri Malaysia sekiranya Perikatan Nasional berjaya mendapat sokongan ahli parlimen seperti digembar-gemburkan.

 

 



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading