Trafik udara India terganggu akibat kabus tebal

Oleh – Syeikh Baran


Trafik udara India terganggu akibat kabus tebal

Kabus tebal menyelubungi sebahagian besar utara India pada hari ketiga berturut-turut berikutan gelombang sejuk melampau yang mengurangkan jarak penglihatan, sekali gus menjejaskan jadual perjalanan lebih 160 penerbangan.



Berdasarkan laman sesawang penerbangan Flightradar24, sebanyak 128 penerbangan dari lapangan terbang antarabangsa di New Delhi mengalami kelewatan, manakala 33 dibatalkan.

Sementara itu, tahap penglihatan di lapangan terbang adalah 50 meter setakat jam 8 pagi (waktu tempatan), selain pegawai cuaca meramalkan keadaan itu akan berterusan hingga hujung minggu.

Suhu terendah di New Delhi sepanjang musim sejuk kali ini mencecah 3.3 darjah Celsius semalam, dan ia turut menyebabkan tahap penglihatan berada pada kadar rendah selain mengakibatkan 500 penerbangan mengalami kelewatan, manakala 87 lagi dibatalkan.

Keadaan itu mencetuskan kemarahan penumpang yang dipaparkan di media sosial selain rakaman penumpang makan malam ketika menunggu penerbangan yang mengalami kelewatan.



Semalam, menteri penerbangan berkata, pihak berkuasa sedang mempercepat usaha menggunakan landasan tambahan, dilengkapi sistem navigasi CAT III yang membolehkan pesawat mendarat walaupun tahap penglihatan pada kadar rendah. – REUTERS

Sumber – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button