Apa Lagi Sanusi Nak Spin!!!

Apa Lagi Sanusi Nak Spin!!!

Apa Lagi Sanusi Nak Spin!!!

Rupa-rupanya ramai lagi yang masih tidak faham mengenai siasatan dakwaan rasuah Kedah Football Association (KFA) yang melibatkan Sanusi Md Nor.

Ada juga yang terpengaruh dengan spin Sanusi yang mengatakan siasatan SPRM tersebut adalah satu penganiayaan.

Sanusi menggambarkan pihak SPRM kononnya tidak berperikemanusian.



Ketua Pegawai Eksekutif KFA, Zulkifli Che Haron, bukanlah orang senang, pergi kerja pun naik motosikal dan bukannya kereta mewah.

Dan Sanusi dakwa tidak ada unsur rasuah atau salah guna kuasa kerana duit yang diterima digunakan untuk bayar hutang KFA.

Apa yang boleh penulis katakan, siasatan SPRM tidak menjurus kepada aset yang dimiliki Zulkifli.

SPRM juga tidak menyiasat bagaimana duit tersebut dibelanjakan.



Yang disiasat SPRM ialah bagaimana duit itu diperolehi, mengapa ada perjanjian untuk memberikan projek kepada syarikat berkenaan?

Itu yang mesti dijawab oleh Sanusi sebagai presiden KFA dan Menteri Besar Kedah kerana projek yang ditawarkan adalah projek kerajaan Kedah.

Penulis coretkan kronologi ringkas kes supaya mudah kita faham:

  • Syarikat A mahu tender projek loji rawatan air di Kedah
  • Syarikat A beri duit kepada Syarikat B untuk lobi tender dengan kerajaan Kedah
  • Syarikat B berbincang dengan pemimpin PAS yang menjadi CEO KFA
  • Duit disalurkan melalui akaun KFA.
  • Untuk ‘menghalalkan’ duit, PAS Kedah letak terma sebagai ‘pinjaman’ di bawah urusan pembelian saham KFA
  • KFA terima duit, tetapi projek tak dapat
  • Syarikat A tuntut duit itu balik dari Syarikat B
  • Syarikat B tuntut dari PAS, tapi duit itu sudah digunakan
  • Berang duit tidak dapat balik, akhirnya Syarikat A buat laporan SPRM
  • SPRM masuk siasat, dan dapati wujud unsur rasuah untuk dapatkan projek dan berlakulah tangkapan selepas itu

Untuk lebih terperinci, blogger Thick As A Brick ada membuat ulasan secara terperinci.



Jadi, tidak perlulah Sanusi spin untuk terus mengelirukan masyarakat.

Yang terbaik adalah berikan ruang dan peluang kepada SPRM untuk habiskan siasata.

Apa Lagi Sanusi Nak Spin!!!

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button