Skrip Dah Siap, Tunggu Masa ‘Shooting” Jer…

Skrip Dah Siap, Tunggu Masa 'Shooting Jer...

Skrip Dah Siap, Tunggu Masa ‘Shooting” Jer…

Dengar khabar, siasatan SPRM ke atas Menara Ilham kepunyaan Daim Zainuddin dan keluarga beliau sudah sampai ke penghujung.

Cuma beberapa perkara terakhir yang tinggal untuk dikemaskinikan dan ditambah baik sebelum kertas pertuduhan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Pihak SPRM sudah tentu tidak mahu kertas pertuduhan jadi macam ‘pinball’.



Sekejap dihantar ke sana, sekejap dihantar kesini sebelum dapat dibuat pendakwaan di mahkamah.

Tapi itu, depa katalah, bukan penulis yang kata…

Pihak yang bakal didakwa pula sekarang nie dah macam cacing kepanasan.

Cubaan untuk menghalang siasatan SPRM melalui mahkamah, nampak gayanya macam awan yang diselaputi mendung menjelang hujan.



Khabarnya, bukan kes Menara Ilham yang membuatkan pihak yang bakal didakwa kelam kabut ayam, sampai tak lelap tidur.

Kes Menara Ilham hanya sekadar mukadimah untuk kitab Jawa kuno yang jauh lebih tebal.

Macam pepatah orang Jawa, a tip of the iceberg.

Siasatan kes Menara Ilham akan membuka ruang kepada siasatan lebih banyak lagi kes-kes berprofil tinggi yang selama ini disembunyikan.



Ada burung hud-hud yang bawa cerita, katanya, semua pegawai tinggi kerajaan yang dia kenal cuba dipengaruhi sebagai persediaan memberi keterangan di mahkamah.

Tapi setakat ini, khabarnya ramai yang menolak.

Itu depa katalah…

Ada seekor lagi burung hud-hud yang bawa cerita, ada beberapa hospital swasta sudah dihubungi untuk memastikan katil di‘reserve’kan.



Logiknya, kalau Zeti boleh dapat cuti sakit hampir setahun, apa sangatlah kalau hospital tu bagi cuti sakit sekurun dua…🤫🤫🤫

Tapi, itu depa katalah…

Strategi terakhir adalah menggunakan ilmu yang pernah digunakan oleh sifu beliau.



Dalam mahkamah jawab tak tau, tak tau, tak ingat, tak ingat…

Mudah-mudahan dengan berkat sifu yang menuntut di Gunung Jerai, ilmu tu menjadi…

Kan orang PAS kata Nabi Adam as turun di Gunung Jerai…😜😜😜

Skrip Dah Siap, Tunggu Masa ‘Shooting” Jer…

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading