Keluhan Dari Ketua Hakim Negara

Keluhan Dari Ketua Hakim Negara

Keluhan Dari Ketua Hakim Negara

Ketika berucap pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024, Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun, meluahkan keluhan mengenai tanggapan masyarakat terhadap badan kehakiman.

“Badan Kehakiman sering dipersalahkan oleh orang ramai setiap kali individu berprofil tinggi dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan di mahkamah”.

“Apabila Pendakwa Raya memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap seseorang, mahkamah hanya mempunyai dua pilihan terhad”.



“Bergantung pada fakta, dua pilihan itu ialah membenarkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan (DAA)”.

“Atau dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (DNAA)”.

“Mahkamah tidak boleh berpaling daripada dua pilihan itu dan menggesa Pendakwa Raya mengekalkan pertuduhan”.

“Badan Kehakiman dan Pendakwa Raya mempunyai fungsi serta tugas masing-masing yang digariskan oleh Perlembagaan”.



“Kedua-dua institusi ini perlu ‘dihakimi’ dengan adil dalam menjalankan tugas masing-masing tanpa mencampuradukkan kedua-duanya”.

“Hakim mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan semata-mata berdasarkan fakta dan undang-undang tanpa perlu takut kepada kesan politik atau sosial,” keluh Tengku Maimun.

Penulis mengerti apa yang dirasakan oleh Tengku Maimun.

Beliau sebagai Ketua Hakim Negara sudah pastinya merasa tidak senang apabila integriti dan kredibiliti badan kehakiman dihakimi di media sosial secara terbuka.



Tetapi, persoalan yang paling utama untuk beliau selami adalah, mengapakah sekarang masyarakat bersikap begitu?

Sebelum Tengku Maimun mahu masyarakat menghormati badan kehakiman, badan itu sendiri mesti membuktikan mereka menghormati undang-undang without fear or favour.

Para hakim sendiri mesti membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka menegakkan keadilan tanpa perlu tunduk kepada mana-mana pihak.

Cuba beliau jelaskan, mengapakah hakim yang mempunyai kepentingan peribadi secara langsung dibenarkan mengetuai perbicaraan kes SRC DS Najib?



Mengapakah hak DS Najib untuk mendapatkan khidmat peguambela dinafikan?

Serta mengapakah keputusan dan hujak penghakiman Mahkamah Persekutuan telah tular sebelum mahkamah membuat keputusan?

Era rakyat akan dengar dan akur tanpa sebarang soalan sudah berlalu.

Sekiranya beliau mahu memulihkan imej badan kehakiman di mata rakyat, beliau mesti terlebih dahulu walk the talk.



 

Keluhan Dari Ketua Hakim Negara

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading