Mahathir Mainkan Semula 3R Untuk Menjadi Hero Melayu

Mahathir Mainkan Semula 3R Untuk Menjadi Hero Melayu

Mahathir Mainkan Semula 3R Untuk Menjadi Hero Melayu

Dr Mahathir memang terkenal sebagai seorang politikus yang menggunakan ideologi dan falsafah politik Machiavelli.

Siapa Niccolò Machiavelli?

Niccolò Machiavelli ialah seorang sejarawan, ahli falsafah, penyokong humanisme dan merupakan salah seorang pengasas utama sains politik moden.



Falsafah yang paling popular dari Machiavelli adalah matlamat menghalalkan cara.

Beliau berhujah, seseorang harus menstabilkan kuasanya agar struktur politik kelilingnya kukuh.

Perlunya kekerasan demi melindungi keutuhan kedudukan dari sebarang unsur atau saingan yang mencabarnya, yakni menghalalkan cara melalui matlamat yang ingin dicapai.

Falsafah inilah yang ‘diimani’ oleh Dr Mahathir secara bersungguh-sungguh secara permulaan penglibatan beliau dalam politik hingga ke hari ini.



Salah satu isu yang sangat digemari oleh Dr Mahathir untuk mengekalkan populariti beliau dalam politik adalah isu 3R.

Parti politik yang sering menjadi sasaran Dr Mahathir adalah DAP.

Mungkin kerana sikap dan dasar pemimpin dahulu yang cauvinis terhadap bangsa bukan Melayu menjadikan mereka sasaran mudah Dr Mahathir.

Tetapi sekiranya orang Melayu melihat dan mengkaji dari sudut fakta, parti Gerakan sebenarnya jauh lebih cauvivis terhadap bangsa bukan Melayu berbanding DAP.



Tetapi kerana ketika Dr Mahathir berkuasa, maka sikap ekstrim Gerakan ditutup dan dibalut dengan kemas oleh Dr Mahathir.

Baru-baru ini, Dr Mahathir sekali lagi memainkan isu sensitiviti perkauman untuk menonjolkan watak hero Melayu.

Beliau melakukannya dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV.

Dr Mahathir berkata, masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih terikat dengan negara asal mereka.



“Orang India Malaysia tidak bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa asal mereka, mereka bercakap Tamil”.

“Masalah” dia ialah apabila pendatang (India dan Cina) menganggap Malaysia sebagai negara sendiri”.

“Tapi pada masa sama terus mengamalkan budaya dan adat mereka sendiri,’ dakwa Dr Mahathir.

Dakwaan Dr Mahathir tersebut jelas boleh mewujudkan ketegangan hubungan antara kaum di Malaysia.



Persoalannya, haruskah kerajaan membiarkannya?

Mahathir Mainkan Semula 3R Untuk Menjadi Hero Melayu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading