Hidup glamor dengan duit curi

Oleh – Syeikh Baran


Hidup glamor dengan duit curi

Suami isteri dari selatan London, baru-baru ini, dihukum penjara selepas didapati mencuri di loker gimnasium sehingga membabitkan kerugian 250,000 pound sterling (kira-kira RM1.49 juta),



Mirror UK melaporkan, dengan hasil jenayah itu, Ashley Singh, 39, dan Sophie Bruyea, 20, menayangkan gaya hidup mewah di media sosial.

Menurut portla itu, pasangan itu menyasarkan 18 individu ketika mereka bersenam di gimnasium di United Kingdom (UK), dalam kegiatan jenayah yang dilakukan selama setahun.

Mereka menggunakan kad kredit yang dicuri itu sehingga had maksimum, termasuk menggunakannya untuk membayar percutian mahal di Dubai dan Amalfi, Itali.

Pasangan itu juga membelanjakan wang tunai di butik berjenama, termasuk Prada, di samping membeli anak anjing.



Berdasarkan akaun Facebook (FB) Bruyea, pasangan itu bergambar di sebelah kolam renang, memandu kenderaan mewah dan berdiri di hadapan akuarium di Burj Al Arab, yang digelar hotel paling ikonik di Dubai.

Mahkamah di Croydon berkata, mangsa mengalami tekanan besar dan kerugian kewangan akibat jenayah pasangan itu.

Hakim memberitahu kesan perbuatan pasangan itu, mangsa yang majoritinya golongan profesional tidak lagi berasa selamat di sekeliling orang yang tidak dikenali.

Terdapat 18 laporan penipuan secara keseluruhan, dengan 14 di kawasan Polis Metropolitan, satu dari Sussex, satu dari Hertfordshire dan dua laporan dari Cambridgeshire.



Pada prosiding kes itu, baru-baru ini, Singh dan Bruyea, dari Bromley, selatan London, disabitkan dengan kesalahan berkonspirasi untuk melakukan penipuan, antara Januari 2022 dan Januari 2023.

Singh dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun.

Bruyea dijatuhi hukuman 20 bulan yang ditangguhkan sehingga dua tahun di samping perlu menjalani program pemulihan dan kerja tanpa gaji selama 120 jam.

Sumber – Harian Metro




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading