Beca langgar peraturan polis lalu di atas jambatan baharu

Oleh – Syeikh Baran


Beca langgar peraturan polis lalu di atas jambatan baharu

Sekeping gambar menunjukkan sebuah beca bermotor melanggar peraturan Polis Trafik Mumbai kerana bergerak di atas Jambatan Atal Setu menjadi tular di media sosial India, lapor portal berita NDTV hari ini.



Gambar itu disiarkan di platform X oleh  netizen selepas jambatan itu dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi, Jumaat lalu.

Beberapa jam selepas dibuka, sebuah beca roda tiga bermotor bergerak di atas jambatan sepanjang 21.8 kilometer itu walaupun ia dilarang menggunakannya.

Pada 11 Januari lalu, polis melarang motosikal, motosikal roda tiga, beca bermotor, traktor, kenderaan dipandu perlahan dan kenderaan membawa haiwan melalui jambatan tersebut.

Jambatan yang dibina dengan kos 182 bilion rupee (RM10.31 bilion)  itu menghubungkan Sewri di Mumbai dan Nhava Sheva di  Raigad. 



Seorang netizen mempertikaikan bagaimana beca bermotor boleh melalui jambatan tersebut sedangkan terdapat pondok tol di kedua-dua arah.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button