Berita baik buat peminat United

Oleh – Syeikh Baran


Berita baik buat peminat United

Jim Ratcliffe memberitahu penyokong Manchester United beliau lebih mengutamakan trofi berbanding keuntungan sepanjang menjadi pemilik bersama di Old Trafford.



Bilionair Britain, Ratcliffe bersetuju membeli 25 peratus pegangan saham dalam United daripada keluarga Glazer pada malam menjelang Krismas.

Pengerusi INEOS itu akan mengawal operasi bola sepak di kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu di bawah syarat perjanjian yang dijangka diluluskan secara rasmi bulan depan.

Ahli perniagaan berusia 71 tahun itu menyaksikan perlawanan United buat kali pertama sejak perjanjian itu apabila beliau duduk di sebelah bekas pengurus kelab Alex Ferguson, yang menyaksikan United seri 2-2 dengan Tottenham, Ahad lalu.

Ratcliffe, yang meminati United sejak zaman kanak-kanak, kembali ke Old Trafford minggu ini untuk bertemu dengan wakil penyokong dan pemimpin tempatan.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading