Kren hempap kereta, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Oleh – Syeikh Baran


Kren hempap kereta, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden sebuah kren hilang kawalan lalu terjatuh menghempap kenderaan di Jalan Besar Salak Selatan, Cheras di sini semalam.



Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima laporan pada 12.06 tengah malam semalam ketika kren terbabit sedang melakukan kerja pemasangan lampu hiasan di kawasan itu.

“Siasatan awal mendapati kejadian ini berlaku kelmarin jam lebih kurang 10.40 malam apabila sebuah kren hilang kawalan ketika kerja pemasangan lampu tanglung.

“Kren berkenaan menghempap sebuah kereta yang berada di tepi jalan dan menyebabkan kereta itu mengalami kerosakan di beberapa bahagian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan kes sudah diklasifikasikan sebagai Rujuk Agensi Lain (ROA).



“Sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan,” katanya.

Sumber – Harian Metro


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading