Trump mendahului di kokus Iowa
Trump mendahului di kokus Iowa
Des Moines: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terus kekal berada di hadapan dalam undian kokus Iowa untuk menjadi calon presiden dari parti Republikan selepas lebih 92,000 undi dikira, lapor Sputnik.
Keputusan pada malam Isnin menunjukkan bahawa Trump telah menerima 51 peratus undi, menurut keputusan daripada Parti Republikan Iowa.
Gabenor Florida Ron DeSantis di tempat kedua dengan 21 peratus undi dan bekas duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Nikki Haley di tempat ketiga dengan 19 peratus undi.
Kokus Republikan diadakan di 1,600 pusat mengundi di seluruh Iowa.
Keputusan akhir dijangka diumumkan pada lewat malam Isnin.
Trump mendahului di kokus Iowa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Sanusi Nak Spin!!!
- SPRM Keluarkan ‘Red Notice’ Siasatan 2024
- Muhyiddin sudah pulangkan pasport dan bawa balik menantu?