Perikatan Nasional dalam “self destruction”, sukar hadapi PRU16

 

Oleh – Adam Malik


 

Perikatan Nasional dalam "self destruction", sukar hadapi PRU16



Ada pendapat menyatakan jika Mahathir, Daim terkait kes curi wang rakyat, Perikatan Nasional juga akan hancur. Ini menyebabkan Perikatan Nasional berada dalam keadaan sukar untuk hadapi PRU16.

Kesungguhan Tun Daim dan Mahathir cuba menyelamatkan diri dari didakwa dengan pelbagai kes babit wang rakyat boleh difahami.

Ini kerana jika kedua Tun tersabit dengan kesalahan yang didakwa maka hancur lebur seluruh legasi dan kredibiliti mereka.

Selain itu , pendapat awam selama ini yang ramai mempercayai sememang banyak wang rakyat telah dialihkan secara bijaksana oleh kedua Tun telah berlaku di zaman tiada Medsos adalah benar.

Ambil contoh kes kerugian FOREX RM30 bilion misalnya, ramai rakyat mencurigai kehilangan wang rakyat itu.

Majoriti mempercayai sejumlah besar wang itu telah dialihkan keluar negara dan disimpan diluar negara.

Banyak juga ‘bailout’ berlaku menggunakan wang rakyat diketika itu.

Namun, ironinya syarikat yang cuba diselamat tidak juga sukses atau pulih.

Perikatan Nasional dalam "self destruction", sukar hadapi PRU16

 

JIKA DISABITKAN KESALAHAN, AKAN JADI BEBAN KEPADA PERIKATAN NASIONAL

Berbalik kepada topik pada tajuk diatas, kes penyelewengan wang rakyat membabit kedua Tun ini, jika tersabit bukan sahaja menjadi beban kepada kedua mereka, bahkan juga kepada Perikatan Nasional.

Dipercayai mereka berdua merupakan ‘penyumbang dana’ untuk Perikatan Nasional. Namun tidak dapat disahkan samada benar atau tidak khabar tersebut.

Jika PRU16 diadakan, keseluruhan PN akan terbuntu dan terjerut dengan isu moral dan integriti.

PAS terutamanya akan mati akal dengan pendirian nya membela penyeleweng wang negara.

Dalil apa lagi PAS akan gunakan demi membela pesalah laku dan kluster mahkamah yang menjadi penaung PN dan SG4?

Malah lebih buruk lagi jika dalam perbicaraan nanti ada terbukti bahawa wang yang di seleweng ada bukti “money trail” telah disalur dan dijadikan wang biayai kempen PAS.

Maka, ini semua antara faktor yang boleh hancurkan PN.

PN sesungguhnya berada dalam “self destruction” sebaik sahaja Muhyiddin memilih untuk tidak menerima pelawaan menjadi kerajaan bersama PH.

Penolakan itu memberi ruang untuk BN menjadi kerajaan.

Dari situ mimpi ngeri PN pun bermula.

Satu persatu penyelewengan pemimpin PN bermula.

Dan “icing on top of the cake” adalah siasatan terhadap Mahathir dan Daim.

Kini, dengan Hj Hadi yang kesihatan nya merosot dan dua Tun terjebak kes penyelewengan , maka tiada cahaya pada hujung terowong untuk PN.

PN nyata sekali berada dalam “self destruction”.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading