Amin puji prestasi Young Tigers biarpun tewas

Amin puji prestasi Young Tigers biarpun tewas

Amin puji prestasi Young Tigers biarpun tewas
PENJAGA gol, Mohamad Rafaizul gagal menangkis jaringan pemain Belgium, Luyten Max. MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR  – Pengendali skuad hoki remaja negara, Muhamad Amin Rahim tetap memuji prestasi barisan pemainnya biarpun skuadnya itu tewas ditangan Belgium pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 hari ini.

Pada aksi klasifikasi kesembilan hingga ke-12 tersebut Malaysia tewas menerusi penalti shoot-out 3-5 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 ketika beraksi di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Kekalahan tersebut terpaksa ditelan skuad negara selepas gagal menyempurnakan lapan pukulan sudut penalti dan menyerlahkan ketumpulan penyudah sudut penalti skuad Young Tigers.



“Biarpun tewas saya kena bagi setinggi pujian kepada pemain, sejak daripada awal saya menaruh kepercayaan kepada pasukan saya. Mereka pamerkan aksi terbaik sepanjang 60 minit menentang Belgium. Kita tetap menyerang biarpun ketinggalan 0-2.

“Kita buat kebangkitan, betul kita tidak dapat sempurnakan pukulan sudut penalti tetapi gol penyamaan menerusi penalti stroke (Harris) terhasil menerusi gerakan daripada pukulan sudut penalti dan empat pukulan sudut penalti lain juga menepati sasaran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan




“Kalau kita dapat menyempurnakan empat pukulan sudut penalti awal, kita sudah pasti berada di hadapan. Bagaimanapun, semangat pemain tidak luntur dan bangkit untuk terus berjuang dan mereka buktikan segalanya di atas padang,” kata Amin ketika ditemui hari ini.

Pada saingan tersebut, Belgium berjaya menjaringkan dua gol awal menerusi Max Luyten pada minit ke-28 dan Hugo Labouchere pada minit ke-36.

Malaysia pula berjaya memecah kebuntuan apabila memperoleh gol pertama hasil jaringan padang pemain tengah, Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari minit ke-37 sebelum Malaysia meraih gol penyamaan menerusi penalti stroke Mohammad Harris Iskandar Osman minit ke-51 untuk memaksa perlawanan ditentukan menerusi penalti shoot-out.

Selepas ini, Malaysia perlu bersiap sedia untuk memberikan sehabis baik pada perlawanan terakhir menerusi perlawanan penentuan tempat ke-11 atau ke-12, Jumaat ini nanti. -KOSMO! Online



Amin puji prestasi Young Tigers biarpun tewas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan Turun Pangkat?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button