Belgium hukum penyudah tumpul Malaysia

Belgium hukum penyudah tumpul Malaysia

Belgium hukum penyudah tumpul Malaysia
PENJAGA gol, Mohamad Rafaizul gagal menangkis jaringan pemain Belgium, Luyten Max.

KUALA LUMPUR – Skuad hoki muda negara terus kecewa pada penampilan mereka pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 selepas tewas 3-5 ditangan Belgium menerusi penentuan penalti ‘shoot-out’ di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini.

Pada aksi klasifikasi kesembilan hingga ke-12 tersebut, Malaysia seharusnya meletakkan kekalahan itu ditangan sendiri apabila mensia-siakan peluang lapan pukulan sudut penalti selepas aksi 60 minit perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 2-2.

Skuad kendalian Muhamad Amin Rahim bermula dengan baik pada awal permainan dengan melakukan beberapa serangan tetapi gagal menyumbat gol awal selepas melepaskan empat pukulan sudut penalti awal perlawanan.



Belgium yang tersentak dengan keadaan tersebut meningkatkan tempoh permainan mereka biarpun perlawanan tersebut berlangsung dalam keadaan hujan sebelum berjaya menjaringkan gol padang menerusi Max Luyten pada minit ke-28 selepas penyerang negara, Che Nur Aqilrullah Che Mohd. Khairulzi Anwar yang dilayangkan kad hijau.

Pada suku ketiga, Belgium yang dipimpin Jeroen Baart terus mengganas apabila menambah gol kedua mereka menerusi pukulan sudut penalti dan disempurnakan dengan baik oleh Labouchere Hugo pada minit ke-36.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan




Bagaimanapun, Malaysia tidak berputus-asa apabila berjaya menjaringkan gol kebangkitan seminit kemudian menerusi gerakkan lincah Muhammad Adam Ashraf Mohd. Johari pada minit ke-37 menerusi gol padang.

Jaringan tersebut ternyata menaikkan semangat pemain negara sebelum Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan penalti stroke yang diambil Mohammad Harris Iskandar Osman pada minit ke-51 sekali gus mengikat Belgium dengan keputusan 2-2 sebelim perlawanan itu diheret ke penalti shoot-out.

Kegagalan Malaysia mencari gol penyamaan terpaksa ditentukan menerusi penalti shoot-out dan Belgium menyempurnakan ke semua pukulan penalti untuk menjuarai perlawanan tersebut.

Kekalahan itu menyaksikan Young Tigers bakal berdepan sama ada Afrika Selatan atau New Zealand bagi perebutan tempat ke-11/12, Jumaat ini nanti. -KOSMO! Online



Belgium hukum penyudah tumpul Malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan Turun Pangkat?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button