Sah! Semua akan bertukar esok, rakyat perlu bersedia

Oleh – Bakhtiar Omar


Sah! Semua akan bertukar esok, rakyat perlu bersedia

Menurut sumber Suara Anak Muda Official esok semua akan bertukar dan rakyat perlu bersedia dengan pembentukan kerajaan baru.



Menerusi ciapan di ‘X’, Suara Anak Muda turut ‘meraikan’ hari terakhir Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ada desas-desus menyatakan Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin sedang menanti masa untuk mengadap.

Tidak pula dinyatakan siapakah yang ditemui Muhyiddin namun dijangkakan beliau akan cuba mengadap bakal KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Sah! Semua akan bertukar esok, rakyat perlu bersedia



Jika benar apa yang diuar-uarkan oleh Suara Anak Muda Official itu, maka satu rekod baru akan tercipta. YDPA dari Johor, Perdana Menteri dari Johor, Timbalan PM juga dari Johor kalau ikut senarai ‘Langkah Dubai’.

Para penyokong Perikatan Nasional sudah tidak sabar menyambut berita ‘baik’ selepas kegagalan merampas Putrajaya yang dijadualkan pada Ogos tahun lepas.

Sekutu kuat Perikatan Nasional, PAS juga teruja untuk membentuk sebuah kerajaan di peringkat Persekutuan bersama -sama GERAKAN dan BERSATU.

Sah! Semua akan bertukar esok, rakyat perlu bersedia



Malah, nama Dr Ahmad Samsuri mulanya turut tersenarai sebagai calon PM bagi menggantikan Anwar Ibrahim tetapi selepas mencapai ‘kata sepakat’, mereka menerima calon lain yang dinamakan.

Tetapi, dipercayai sekiranya Perikatan Nasional berjaya esok, Dr Sam akan disenaraikan dalam jemaah kabinet bagi membantu urusan pentadbiran.

Tempat beliau sebagai Menteri Besar terengganu dijangkakan akan diambil alih oleh anak Hj Hadi Awang.

Rakyat juga agak teruja untuk pembentukan kerajaan baru di bawa Perikatan Nasional dan berharap segala perkara berbangkit yang diperjuangkan rakyat akan diselesaikan Perikatan dalam tempoh 100 hari pentadbiran.



 

 



 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading