AFC beri hak MFL hukum Selangor

AFC beri hak MFL hukum Selangor

AFC beri hak MFL hukum Selangor
JDT dinobat sebagai juara Piala Sumbangsih dengan diberikan kemenangan 3-0 selepas Selangor menarik diri daripada beraksi. – FB JOHOR SOUTHERN TIGER

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) bebas untuk memberikan sebarang hukuman kepada Selangor FC susulan penarikan diri daripada bersaing pada kempen Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) kelmarin.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John menjelaskan MFL selaku pengelola liga memiliki hak untuk menentukan apa sahaja keputusan melibatkan saingan di peringkat domestik.

Kata Windsor, keputusan badan induk itu untuk menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada skuad Harimau Selatan juga adalah berlandaskan peraturan MFL.



“Kita kena ikut peraturan pertandingan yang disediakan oleh MFL dan jika peraturan menyebut 3-0 untuk JDT kita kena terima.

“Ini kerana MFL ada hak untuk menentukan hukuman dalam setiap saingan di peringkat domestik,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi




Sebagai rekod, MFL telah menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada JDT selepas Selangor FC menarik diri pada saat akhir atas faktor keselamatan selepas bintang utama, Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid, Ahad lepas.

Badan induk itu turut menjelaskan perkara-perkara lain juga berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya.

Situasi itu disebabkan terdapat spekulasi di laman sosial bahawa penyertaan automatik skuad Gergasi Merah ke pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) pada musim 2024/2025 terancam.

Namun, Windsor mengesahkan pendaftaran Selangor FC ke kejohanan ACL2 sudah dihantar MFL, tetapi sebarang perubahan tertakluk mengikut peraturan pertandingan MFL.



AFC beri hak MFL hukum Selangor

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button