Kerajaan Kuwait pertama di bawah pemerintah dan Perdana Menteri baharu

Oleh – Syeikh Baran


Kerajaan Kuwait pertama di bawah pemerintah dan Perdana Menteri baharu

Kuwait membentuk kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Sheikh Mohammed Sabah al-Salem al-Sabah dan Kabinet pertama negara itu selepas kematian pemerintahnya sebelum ini.



Menurut agensi berita negara itu, Sheikh Mohammed melantik menteri baharu bagi minyak, kewangan dan hal ehwal luar negeri dalam kabinet pertama yang dibentuk di bawah Emir baharu Kuwait, Sheikh Meshal al-Ahmad al-Sabah, yang akan melakukan pembaharuan untuk mematuhi panduan Emir.

“Ini adalah tanggungjawab berat bagi fasa baharu sejarah Kuwait yang merangkumi cabaran, aspirasi dan memerlukan kerja keras untuk pencapaian yang tulen,” kata Perdana Menteri, dipetik oleh KUNA.

Perdana Menteri melantik Emad Mohammed al-Atiqi sebagai Menteri Minyak, Anwar Ali al-Mudhaf sebagai Menteri Kewangan dan Abdullah Ali al-Yahya sebagai Menteri Luar.

Emir Kuwait, Sheikh Meshal al-Ahmad al-Sabah, yang berkuasa pada Disember selepas pendahulunya Sheikh Nawaf meninggal dunia, dijangka mengekalkan dasar luar Kuwait termasuk sokongan untuk perpaduan Teluk Arab, pakatan Barat dan hubungan baik dengan Riyadh yang dilihat sebagai keutamaan.

Kuwait bergelut dengan ketegangan berpanjangan antara keluarga pemerintah dan pengkritiknya di Parlimen yang berpecah-belah, yang disifatkan pengkritik menghalang reformasi fiskal dan ekonomi.



Badan perundangan mempunyai lebih banyak pengaruh daripada badan serupa di monarki Teluk yang lain, dan kebuntuan politik selama beberapa dekad membawa kepada rombakan Kabinet dan pembubaran Parlimen. – REUTERS

Sumber – Berita Harian


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading