Maut jatuh pokok ketinggian 20 meter

Oleh – Syeikh Baran


Maut jatuh pokok ketinggian 20 meter

Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari pokok pada ketinggian 20 meter dalam kejadian di Kampung Gong Anak Nyor, Telosan, di sini hari ini.



Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu mangsa Mohd. Zainuri Hamzah, 44, meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah mengikut bapanya ke kebun durian untuk mengambil buah petai.

“Semasa mangsa berada di ketinggian 20 meter mangsa dikatakan telah terjatuh secara tiba-tiba.

“Kejadian turut disaksikan oleh bapa mangsa sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari sebentar tadi.



Zaizul Rizal memberitahu, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat.

Katanya, bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan pada bahagian dada akibat terjatuh dari tempat tinggi.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.09 petang.



Katanya, seramai 11 anggota termasuk pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, pihak kami mendapati mangsa telah terjatuh dari pokok,” katanya.

Sumber – UTUSAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading